Selasa, 19 Februari 2019

MAHATHIR BOLEH LETAK JAWATAN SEGERA KATA PEMIMPIN DAP JOHOR #viralhancing

PETALING JAYA: Pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, hari ini mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana memperlekeh manifesto Pakatan Harapan (PH) pilihan raya umum ke-14.


Boo, yang juga ahli jawatankuasa DAP negeri berkata, dakwaan Dr Mahathir bahawa manifesto itu hanya “panduan dan bukan kitab” menunjukkan beliau tidak berkeyakinan terhadap diri dan manifesto itu sendiri.

“Tindakan beberapa pemimpin PH mendakwa perubahan kerajaan tidak mungkin berlaku tanpa kepimpinan Dr Mahathir hanya mencerminkan kemerosotan diri mereka,” katanya.


Malah, katanya, mereka yang melontar pandangan sedemikian sudah mengaku ketidakcekapan diri dan juga harus meletak jawatan.

Boo turut menyelar tindakan PPBM menerima bekas ahli Parlimen Umno dan menggesa pimpinan PH mengambil pendirian bersama membantah amalan sedemikian.

“Malaysia memerlukan persaingan sihat dalam sistem 2 parti untuk memastikan pembaharuan institusi dilaksanakan secara berkesan,” katanya.

Sebaliknya, katanya, negara akan “ke belakang” jika wakil rakyat digalakkan untuk melompat parti.

FMT

2 ulasan:

  1. Dah agak dah....
    Dapigs hanya guna mahdey dan mahdey hanya guna dapigs...

    Tiada niat ikhlas nak tolong rakyat..

    Skrg mahdey dah pening kepala krn gilanya nak berkuasa demi anak..proksi dan kroni...
    Tinggal lagi kelicikan bermain dgn kata2 dan mengatur strategi demi kelangsungan kuasa..

    Begitu juga dapigs...dlm berani mrk menekan mahdey tetapi khuatir dgn kelebihan mahdey memutar kata2.Silap2 haribulan dapigs akan dilabel rasis semula oleh mahdey.

    Inilah bahananya jika tiada keikhlasan membantu rakyat.Seorg berjiwa kroni...pihak yg satu berjiwa komunis.

    Hakim dan mahkamah dah jadi milik dapigs dan mahdey...tiada kes utk mrk.Maka berperang dinginlah mrk.

    Kita hanya layak sebagai penonton krn pru15 msh jauh kecuali parlimen dibubarkan serta merta.
    Jika benar...mantan banduan liwat mgkin menjadi bakal peeM paling lama dlm sejarah.Layak menerima malaysian's book of record...hehehe

    BalasPadam
  2. Akhirnya kena main juga Mahathir dengan DAP... suatu penghinaan disaat2 akhir karier politik Mahathir, maka tercapailah sudah niat DAP yang hanya ingin memperkudakan Mahathir untuk undi macai2 Melayu. Langkah seterusnya DAP akan menghantar Mahathir ke HAVEN untuk main mahjong dengan LKY... He..he...

    BalasPadam

Jika menang besar, calon PH janji buka pusat khidmat Parlimen di Pekan Nanas dan Kukup

Sejak semalam, keyakinan maksimum pihak Pakatan Harapan menjangkakan kemenangan besar bagi calon Bersatu, Karmaine Sardini. Hari ini ungak...