Khamis, 21 Februari 2019

PENJAWAT AWAM TERLALU BESAR DAN PERLU DIKURANGKAN KATA PM #viralhancing

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir berpendapat jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan.


Perdana Menteri memberitahu jumlah terkini penjawat awam adalah seramai 1.7 juta dan telah meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.

“Apabila saya letak jawatan jumlah anggota pentadbiran hanya satu juta sahaja sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi.

“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

4 ulasan:

  1. Ya..gunakan IT utk ajar budak2 sekolah...guna robot sebagai tentera dan polis jururawat..camtu ke yg kerajaan malaysia baru nak..tapi elok juga buang jer penjawat awam yg ramai undi pakatan dulu..padan muka

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakitangan awam ramai pun tak apa..majoriti org melayu...kira ok la..

      Padam
  2. Haha tepuk!!! setuju sgt2 SBB guru2 yg paling ramai hina kerajaan BN...

    BalasPadam
  3. yg ni aku setuju dgn PH diorg ni mn tau bersyukur...

    BalasPadam

ROGOL AMAH : PAUL YONG TIDAK MENGAKU BERSALAH

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong, didakwa di Mahkamah Se...