Rabu, 27 Februari 2019

PH KALAH, SEMENYIH AKAN DISEKAT SEGALA BANTUAN #viralhancing

BARISAN Nasional (BN) tidak boleh terlalu selesa pada waktu ini dan perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.


Terbaru, BN tampil dengan sasaran 60 peratus peluang untuk menang manakala Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan sebarang angka.

Sungguhpun begitu, peratusan yang dianggarkan BN itu mampu berubah pada bila-bila masa dan juga mungkin pada saat akhir kerana PH sudah semestinya tidak akan berdiam diri dan memiliki indikator tersendiri untuk menang.

Sepanjang tempoh berkempen, PH dilihat mempunyai strategi-strategi tertentu yang mampu memujuk dan mempengaruhi para pengundi di Semenyih.

Sudah tentunya, PH mempunyai kelebihan sebagai sebuah kerajaan.

Sebagai sebuah kerajaan yang memerintah kerajaan negeri Selangor dan negara, faktor itu ia sentiasa menjadi modal ceramah PH untuk berkempen.

PH menggunakan 'senjata' bahawa bantuan dan kemajuan ke DUN Semenyih akan terganggu sekiranya pengundi memilih wakil rakyat dalam kalangan BN dan suara mereka tidak akan didengari kerana tidak berada dalam kem yang sama.

Selain itu, faktor bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan pertuduhan-pertuduhan serta punca kerajaan BN tumbang pada 9 Mei tahun lalu sentiasa menjadi mainan bibir pemimpin-pemimpin PH.

Namun, kini, ia terpulang kepada rakyat untuk menilai sama ada memilih parti berpengalaman dalam kerajaan selama 61 tahun atau parti yang masih di peringkat bayi, sembilan bulan.

Perlu diingatkan bahawa jumlah hadirin ke ceramah-ceramah PH semakin meningkat saban hari. Malah, penonton ceramah BN
 juga merupakan penonton yang sama yang hadir ke ceramah-ceramah PH.

Dalam tempoh sekarang,  penduduk sudah mulai berfikir, mencerap dan menilai.

Paling mengggerunkan apabila sorakan dan tepukan gemuruh penduduk  turut  kedengaran di ceramah-ceramah PH. Adakah ia merupakan tanda mereka bersetuju?

Bagaimanapun, para pengundi di Semenyih tidak bodoh dan matang dalam membuat pilihan masing-masing dan akan memilih parti yang benar-benar membela nasib rakyat. Semoga mereka membuat pilihan tepat.-UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/politik/ph-sekat-bantuan-jika-kalah-prk-1.849590

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJORITI FDI DALAM SUKU PERTAMA MERUPAKAN PELABURAN BERKUALITI KATA TONY PUA #viralhancing

Suku pertama 2019 menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi direkodkan, terdiri daripada pelaburan-pelaburan berkualiti, kat...