Khamis, 14 Februari 2019

PH TETAP AKAN MENANG BESAR DI SEMENYIH WALAUPUN BN DAN PAS BEKERJASAMA KATA MUHYIDDIN #viralhancing

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pakatan Harapan (PH) membayangkan kerjasama Pas-UMNO tidak akan berjaya dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.


Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berdasarkan simulasi yang telah dilakukan berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Katanya, simulasi itu menunjukkan PH mendapat undi majoriti kira-kira 6,000.

“Jika Pas-UMNO bergabung, PH tetap mendapat 1,989 undi majoriti.

“Kita ambil kira dalam kajian simulasi kita. Kali ini, apa bentuk kerjasama bagi kami tidak begitu penting. Yang penting, kita bekerja keras di sini,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon PRK DUN Semenyih bagi PH di Taman Pelangi Semenyih, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

1 ulasan:

  1. Kenapa madey takut sangat PAS bekerjasama dengan UMNO??

    Bersatu sudah pasti akan hancur selepas ketiadaan madey..
    Pemimpin bersatu tak ada siapa yg boleh diharap.

    semua pemimpin PH tak ada kekuatan dan sokongan akar umbi yg kuat dari dalam parti sendiri dan juga dikalangan parti dalam PH...

    PH akan berperang sesama sendiri dan akan hancur ....percayalah. Kerajaan atau pakatan yg menang dengan memfitnah, menipu rakyat akan tumbang dan tak bertahan lama...

    BalasPadam

[Muafakat Nasional] Mana mungkin Nik Aziz terima penyatuan Ummah Islam ini kata Mujahid

PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa menyanggah dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa bekas mursyidul am parti Isla...