Ahad, 17 Februari 2019

RUMAH MAMPU MILIK DAN MURAH 1 JUTA UNIT PASTI AKAN DIBINA DALAM MASA 10 TAHUN KATA PM KE-7

PUCHONG - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membina sejuta unit rumah mampu milik dan rumah murah dalam masa 10 tahun.


Menurut beliau, walaupun kerajaan menghadapi pelbagai kekangan dalam melunaskan janji tersebut,  namun ia tetap akan dilaksanakan demi membantu golongan kurang berkemampuan terutama kumpulan B40, dengan kerjasama pihak swasta.

"Kerajaan tak mampu dirikan sejuta rumah dalam masa 10 tahun, perlu kerjasama dengan swasta. Hari ini kita lihat banyak pihak swasta sambut baik rancangan kita ini termasuk dalam susunan komuniti bagi memastikan ada perusahaan ditempatkan di kawasan komuniti yang akan dibina.

"Kita harap dengan adanya komuniti tersusun dan dilengkapi kelab yang boleh menjadi perantara untuk menyampaikan masalah penduduk setempat kepada wakil rakyat serta dilengkapi bengkel bagi membolehkan mereka terlibat dengan perniagaan, akan memajukan ekonomi komuniti setempat, " katanya pada pemberita selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara (DKN) yang digubal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menangani isu sosial perumahan di peringkat komuniti setempat, khususnya di kawasan berstrata kos rendah di seluruh negara.

Turut hadir isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin, beberapa menteri kabinet dan Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari.

Mahathir berkata, dasar itu juga menggalakkan penduduk di komuniti berkenaan terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan aspek pemasaran yang lebih tersusun.

"Kita mahu komuniti yang lebih tersusun dan lebih baik, itu hasrat kerajaan dan ramai pihak swasta yang sambut baik hasrat ini.

"Hasrat kita bina sejuta unit dalam 10 tahun mungkin ada lebih atau kurang (sasaran 100,000 rumah dibina dalam setahun) namun kita harap dalam 10 tahun, kita boleh bina ikut sasaran," jelasnya.

Harga bagi seunit rumah mampu milik ialah di bawah RM300,000 dan ditetapkan mengikut lokaliti. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Muafakat Nasional] Mana mungkin Nik Aziz terima penyatuan Ummah Islam ini kata Mujahid

PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa menyanggah dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa bekas mursyidul am parti Isla...