Khamis, 28 Februari 2019

SAYA TETAP AKAN JADI PM SIKIT MASA LAGI KATA ANWAR IBRAHIM #viralhancing

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dan yakin akan menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kelapan dalam tempoh kurang dua tahun.



Dalam temu ramah bersama Bloomberg Television semalam, Anwar berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan itu dalam tempoh ditetapkan.


“Ada perjanjian antara kepemimpinan parti dan bukan antara saya dan Dr. Mahathir sahaja. Dalam perbincangan dengan Dr. Mahathir, saya mahu beliau mentadbir kerajaan secara efektif dan amat penting untuk memberi beliau masa.

“Sudah tentu bukan dalam tempoh lima tahun kerana beliau (Dr. Mahathir) telah me­nyatakan dengan jelas (tempoh peralihan jawatan) tidak akan melebihi dua tahun,” katanya seperti dipetik dalam temu ramah tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar turut menegaskan keputusannya memaafkan Dr. Mahathir atas perseteruan lama mereka adalah demi memastikan masa depan negara menjadi lebih baik.

Katanya, kerjasama dengan Dr. Mahathir akan memberi manfaat besar kepada rakyat selain Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga dilihat komited dengan beberapa agenda reformasi PKR.


Selain itu, Anwar turut menzahirkan keyakinan Dr. Mahathir tidak akan melakukan rombakan Kabinet seperti didakwa segelintir pihak dalam media sosial.

“Dr. Mahathir telah memberitahu dengan jelas tidak akan berlaku rombakan Kabinet dan saya berpegang kepada kata-katanya. Secara amnya, beliau perlu berbincang de­ngan kepemimpinan komponen PH sekiranya mahu melakukan rombakan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-saya-tetap-jadi-pm-8217-1.841160

9 ulasan:

  1. Semoga tercapai impianmu...
    Harap2 bukan angan2...

    Klu tak akan diingati rakyat sebagai kaki kencing mengencing kaki kencing....hihihi

    Secara jujur...dua2 tak guna

    BalasPadam
  2. Najib lagi tak guna. Dia jenis tak tahu malu. Sedangkan, MALU itu sebahgian dpd Iman. Patutlah dia menipu dan mencuri tanpa rasa bersalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikminah, awat hang kaitkan dgn najib... awat hang bt dosa kering.

      Padam
    2. Bossku ialah rakyat. Siminah nak spin tapi jadi pwmbodoh.

      Padam
  3. Ada bukti ke cikminah?bagilah pada SPRM,PDRM kalau ada bukti..jangan sembang saja...kalau sembang saja babi pun boleh terbang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan babi ajer boleh terbang, kereta pun boleh terbang...hahaha. Kerajaan PH ni buat org M'sia jadi bodoh ajer. Akhbar S'pura tgh tunggu sampai akhir tahun ni nk lihat kereta terbang M'sia!

      Padam
  4. cik minah..mulut macam pantat ayam..bok bik bok bik

    BalasPadam
  5. cik minah cybertrooper upahan...

    BalasPadam

MAJORITI FDI DALAM SUKU PERTAMA MERUPAKAN PELABURAN BERKUALITI KATA TONY PUA #viralhancing

Suku pertama 2019 menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi direkodkan, terdiri daripada pelaburan-pelaburan berkualiti, kat...