Rabu, 13 Februari 2019

SYARIKAT PERJUDIAN TAJA ROMBONGAN LAWATAN KERJA KETUA POLIS NEGARA, MOTIF LGE BERTERUS TERANG TERLALU CEPAT BERKENAAN ISU INI DIPERSOAL #viralhancing

PUTRAJAYA: Syarikat perjudian, Da Ma Cai yang menaja rombongan lawatan kerja diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng merujuk beberapa gambar menunjukkan peserta bersiar-siar dan menjamu selera di Istanbul.

Lim berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

“Pembiayaan itu bukannya dari Kementerian Kewangan. Sumber dana itu ialah Da Ma Cai, sebuah syarikat ramalan nombor ekor, jadi mereka tidak mendapat 1 sen pun daripada kami,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari ini.

Delegasi itu dilaporkan ke Turki untuk mempelajari dasar perjudian dalam talian.

Semalam, Sarawak Report menyiarkan gambar Fuzi dan beberapa pegawai kanan polis menyertai rombongan itu.

Menurut laporan itu, 16 pegawai kanan menyertai lawatan kerja itu yang menelan belanja lebih RM300,000 untuk menaiki penerbangan kelas perniagaan dan penginapan di hotel 5 bintang.

FMT https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/13/guan-eng-syarikat-judi-taja-lawatan-kerja-ketua-polis-negara-ke-turki/

Sarawak Report membongkarkan gambar-gambar percutian mewah Ketua Polis Negara di Turki.

http://www.sarawakreport.org/2019/02/study-of-online-gambling-course-pictures-posted-online/

3 ulasan:

  1. Apo nak dikato, syarikat judi kini terang2an MERASUAH pegawai2 tertinggi polis keluar negara?

    BalasPadam
  2. Bila SPRM nak siasat LGE, syarikat judi dan pegawai2 tertinggi polis kerana ada unsur2 rasuah penajaan?

    BalasPadam
  3. Sekarang negara sudah menjadi sangat teruk hingga tak boleh menanggung perbelanjaan Pegawai2 Polis membuat lawatan kerja ke luar negara (boleh dipersoalkan). Akan berlaku 'percangahan kuasa' apabila syarikat2 judi ini membuat kesalahan dimasa akan datang. Mahu disiasat atau tidak?

    BalasPadam

PEKERJA KILANG NAIK ANGIN, 200 ORANG BERHIMPUN SECARA AMAN SETELAH DIGELAR SAMPAH #viralhancing

BUKIT MERTAJAM - Berang digelar ‘sampah’, lebih 200 pekerja sebuah kilang pembuatan solar di Lorong Perusahaan 4B, Perai di sini hari ini me...