Ahad, 3 Mac 2019

BUKAN MUDAH UNTUK PULIHKAN KEROSAKAN YANG DITINGGALKAN KERAJAAN LAMA KATA TPM #viralhancing

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, bukan mudah untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) membaiki sistem berusia 60 tahun yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.


Katanya, usaha itu akan mengambil masa dan ini ditambah dengan beban hutang negara yang banyak, ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Selama 60 tahun kerajaan tidak pernah tukar. Bila kita ambil alih kita tidak ada dana yang mencukupi. Ini fakta…hutang negara kalau kita tidak membayar kita akan menjadi negara yang bankrap.

“Kita (kerajaan PH) baru lapan bulan, tidak mudah membaiki sistem yang dah lama. Ini bukan excuse (alasan). Kita cuba usahakan dengan mengadakan mesyuarat demi mesyuarat, jawatankuasa demi jawatankuasa macam mana kita nak turunkan kos sara hidup yang kita rasa bebankan rakyat,” katanya ketika berucap pada program Santai Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin. – Bernama

7 ulasan:

  1. Kak Wan ni selalu ketinggalan bas. Dah habis menteri2 dan pemimpin kerajaan PH tuduh dan kasi alasan "Ini Salah BN" last last baru dia punya giliran pulak....Kak Wan ni mangsa keadaan betullah!

    BalasPadam
  2. DS Najib sudah jelaskan dengan angka Dan fakta betapa banyak Dana yg kerajaan BN tinggalkan Dan bagaimana mengurus hutang yg tidak akan menyebabkan negara bangkrap.....apa lagi mau kelentong DS Wan Azizah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahdey bermain dgn andaian dan ramalan serta penipuan.Dia ingat skrg nie era dia jadi pm ke4 ker???
      Sukati dia nak kelentong dlm tv dan akhbar.Dia lupa skrg maklumat semuanya di hujung jari.Data bank negara boleh dibaca bila2 masa.Aset..hutang..kdnk negara semuanya rakyat boleh perolehi dgn mudah.Nak tipu mcm mana???
      Hutang 1mdb yg bawa seribu jemaah haji setiap tahun pon baru 2% lebih dpd hutang negara.Bagaimana boleh dikaitkan menjadi trillion???

      Malang dpt pemimpin kaki kelentong dan pekat k3ncingnya.Sungguh malang...
      Semakin malang dpt menteri kewangan yg bangang buta titik perpuluhan.
      Paling lawak kepalanya terlentok mcm nobita tertido dlm dewan....hihihi

      Padam
  3. Kerajaan ph yg tkder pengalaman mengurus kan kerajaan...membangkang dgn mengurus kan kerajaan dua siruasi yg berbeza..membangkang umpama burung kakak tua..pandai bercakap..berjuta2..tapi tk tau mcmna nk cari berjuta..

    BalasPadam
  4. Bagi balik pada bn. Tengok mcm mana bn uruskan ekonomi tanpa keluh kesah selama ni. Sejak laki hang tak dpk dlm umno itula yg selalu didendangkan salah bn umno. Ptuihhhh...

    BalasPadam
  5. Camne leh jadi tpm camni? Fakta ke laut dan out dated. Letih tengok slow coach ni.

    BalasPadam
  6. Dah kata jgn comolot dgn mahdey yg pernah tuduh suami kakak meliwat...
    Inilah jadinya bila percaya dgn mahdey yg kakak pernah kata kaki fitnah tu...
    Mahdey kata negara akan bangkrap...kakak percaya
    Mahdey kata negara bnyk hutang...kakak percaya
    Mahdey kata suami kakak peliwat...kakak percaya??????

    Skrg cuba tanya mahdey bila tarikh sebenar dia akan lepaskan jwtn utk kasi suami kakak jd pm pulak????
    Belum ada kan???!
    Nampak sgt pelbagai dalih utk mengumumkan tarikh sebenar menunjukkan siapa mahdey yg sebenar.Taraf kaki kencing pekat dah....

    BalasPadam

SUBSIDI HAJI AKAN DIKURANGKAN KATA MENTERI AGAMA #viralhancing

Kerajaan akan mengurangkan beban subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji sesuai dengan konsep Istito’ah, kata Menteri di Jabata...