Selasa, 12 Mac 2019

DAP USAHLAH KETERLALUAN KRITIK KERJASAMA PAS DAN UMNO KATA DS MOHD. REDZUAN #viralhancing

PUTRAJAYA 12 Mac - Kelantangan pemimpin DAP yang mengkritik kerjasama UMNO dan Pas sehingga mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya bukan melambangkan pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.


Tegas Menteri Pembangunan Usahawan itu, kelantangan DAP itu tidak perlu dilihat seolah-olah ia dari sudut "Kerajaan vs Pembangkang" .

“Hakikatnya DAP yang sebenarnya mengundang polarisasi kaum kerana selama ini tidak jujur dalam menghayati Perlembagaan secara keseluruhan.

“Malah sejak merdeka lagi kaum Cina tidak mahu dengan konsep satu sekolah satu bahasa sebagai contoh,”

Mohd. Redzuan berkata, di negara-negara maju lain sebagai perbandingan, tiada kebebasan seperti yang dinikmati di Malaysia contohnya sekolah vernakular yang hanya boleh didapati di negara ini sahaja.

“Jangan salahkan "perkahwinan UMNO- Pas" dengan melabelkan mereka dengan Taliban, strategi bumi hangus dan mengisytihar perang terhadap bukan Melayu,” ujar beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Wan.

Tambahnya, DAP perlu sedar suka atau tidak, malapetaka mungkin berlaku sekiranya DAP mahupun kaum Cina menolak untuk menghormati satu bahasa kebangsaan, satu sistem persekolahan untuk semua kaum serta menghormati dan menerima equitable shared prosperity.

Kata beliau, ia penting untuk difahami kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang mempunyai komposisi kaum yang pelbagai.

“Maka adalah penting semangat tolak ansur dan saling bertoleransi antara kaum diperkukuhkan dan janganlah bertindak hanya sebagai hero untuk sesuatu kaum sahaja,” ujar Mohd. Redzuan lagi. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DAP BUKAN ABANG BESAR DALAM PH KATA GUAN ENG

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan parti itu adalah “kingmaker” seperti yang didakwa bekas perdana menteri Najib Raz...