Sabtu, 9 Mac 2019

KERAJAAN CAMPURAN PAS, UMNO DI EMPAT BUAH NEGERI, PERAK KEDAH DALAM PEMERHATIAN #viralhancing

JASIN: UMNO bercadang untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan PAS ketika ini.


Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada PAS baru-baru dan masih pada peringkat cadangan sebelum perbincangan lanjut dibuat.

Katanya, pada peringkat UMNO jawatankuasa kerja sudah dibentuk dengan dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang akan bertindak sebagai penyelaras bersama jawatankuasa yang dibentuk PAS kelak.

“Saya dah bincang dengan PAS dan akan memulakan kerjasama kedua-dua parti ini dengan mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah bermula di Terengganu diikuti Pahang, Kelantan dan Perlis.

“Sementara di Perak dan Kedah yang mempunyai perbezaan kecil kerusi antara PAS, BN dan Pakatan Harapan (PH) juga sedang teliti, sama ada untuk bersama (UMNO dan PAS) atau tidak,” katanya pada majlis perjumpaan bersama kepemimpinan UMNO Melaka di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Ketua UMNO Jasin, Datuk Roslan Ahmad dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Selasa lalu, UMNO dan PAS dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti itu mengumumkan kerjasama rasmi dengan agenda utama memfokuskan kepada penyatuan ummah.

Agenda utama kerjasama itu ialah penyatuan ummah tanpa meminggirkan kemajmukan dalam negara ini.

Sementara itu, Mohamad yang menjalankan tugas Presiden UMNO, kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS itu sebagai usaha melancarkan ‘perang’ terhadap bukan Islam.

“Adakah saya dianggap rasis jika saya menyeru supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini bersatu padu seperti yang diajarkan dalam Islam?

“Sebenarnya, itulah watak sebenar pemimpin berkenaan yang selama ini tersimpan dalam hatinya. Justeru, orang Melayu perlu teruskan usaha penyatuan ummah ini demi memastikan bangsa dan agama sentiasa kuat di negara ini,” katanya.

5 ulasan:

  1. Kaum rasis merayakan perayaan [email protected] khusus untuk kamumnya sahaja dan ia disambut secara besar2an di dunia. Kini kaum yang mengamalkan dasar2 apartheid ini menuduh kaum2 lain di Tanah Melayu sebagai rasis...

    BalasPadam
  2. KERAJAAN PERPADUAN UMAH JADI TERAS
    RULES OF LAW UNTUK KESEMUA KEADILAN
    ROBOH GERAI PUSAT JUDI UTK BANTRAS
    TANAH 999 TAHUN JUGA DITARIK KELULUSAN

    PRINSIP RULES OF LAW PERLU DITEGAKKAN RAMPAS TANAH 999 TAHUN UTK KAUM CINA ROBOH DAN GEMPUR PUSAT PERJUDIAN.. TANGKAP MB KEDAH MEMBUAT KESALAGAN ISTIHAR HARTA TANGKAP ADUN CIBA DI PERAK DALAT DIRECT NRGO PROJEK KERAHAAN NRGERI... TANGKAP NGEH N NGOR BAPAK RASIS PERAK...

    RULES OF LAW PERLU DI LAKUKAN DENGAN TUNTAS

    BalasPadam
  3. womanday hidup lgbt mana mujahit muharamjadah...!! sokong ke tak sokong..!! jangan nak buat terkejut jangan nak main silap mata dengan rakyat... rakyat dah meluat ph pembohong ni...

    MANA HILANG NYA MUJAHIT
    BANG NON JANGAN HARAP LAH YOOO..!!
    ATOK KAU LAGI LA SENYUM PAHIT
    MARINA KAN IBU SEGALA COMANGO

    MUJAHIT MUHARAMJADAH SOKONG KE IDOK NI..!!!!

    kikikiki.. bang non rakyat negeri kelahiranya pun merempat ada dia dan jijah nurul amik tahu...?? kahakkpuiiiii...!!!

    FUccxCCCccckkkKkkk..!!

    BalasPadam
  4. Marina slams Mujahit on woman day marching LGBT.... reporter bole la tanya atok lepas ni.. Atok sokong anak atok marina lgbt marching ke idok..??

    certanya atok kau.... certanya..!!

    BalasPadam
  5. Inilah masa dan platform terbaik kerjasam PAS UMNO diberikan Allah SWT, ikatlah kerjasama tersebut dengan kukuh berpatrikan dokumen2 legal demi kemajuan Islam di Tanah Melayu Sabah dan Sarawak. Janganlah terpengaruh dengan iblis dan kuncu2nya yang menangis dan menyucuk2 bila mendapat khabar penyatuan orang2 Melayu yang ingin menyambung semula ikatan persaudaraan silaturahim!!! Teruskanlah perjuangan mendaulatkan Islam dan Melayu wahai PAS UMNO! Amin...

    BalasPadam

DAP BUKAN ABANG BESAR DALAM PH KATA GUAN ENG

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan parti itu adalah “kingmaker” seperti yang didakwa bekas perdana menteri Najib Raz...