Khamis, 14 Mac 2019

KERAJAAN PH PERAK GOYAH, PAS DAN UMNO BAKAL AMBIL ALIH TAMPUK KUASA? #viralhancing

IPOH: Beberapa pemimpin kanan UMNO dan Pas Perak mengadakan mesyuarat tertutup di Ibu Pejabat Pas Perak di sini malam tadi.



Mengetuai UMNO pada mesyuarat itu adalah Pengerusi Perhubungan Perak, Datuk Saarani Mohamad manakala Pas Perak pula diketuai Pesuruhjayanya, Razman Zakaria.

Antara pemimpin UMNO yang turut hadir adalah Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; bekas Menteri Besar Perak yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain.

Antara yang mewakili Pas Perak pula adalah Timbalan Pesuruhjayanya, Muhamad Ismi Mat Taib dan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Mesyuarat yang bermula sekitar pukul 8 malam itu berakhir sebelum pukul 10 malam.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Saarani hanya memaklumkan bahawa ia cuma pertemuan di peringkat negeri selepas kedua-dua parti itu mengadakan pertemuan di peringkat pusat pada 5 Mac lalu.

Malah, beliau menafikan ada perbincangan berkenaan cubaan untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri Perak.

“Kita berbincang, bersembang dan suai kenal. Kita juga mengenalpasti punca, masalah dan cara mengatasinya, berkenaan politik semasa.

“Kita tidak ada bincang berkenaan cubaan merampas semula kerajaan negeri,” katanya kepada Astro AWANI.

Baca seterusnya.. http://www.astroawani.com/berita-politik/umno-pas-perak-bertemu-peralihan-kerajaan-rakyat-perlu-siap-sedia-201088

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RIDHUAN TEE TERLEBIH MENJADI MELAYU KATA PAN #viralhancing

KUALA LUMPUR – Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (PAN) menasihatkan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar berhenti mengaitkan Islam d...