Isnin, 11 Mac 2019

KERANA DENDAM TERHADAP NAJIB, APA SUDAH JADI DENGAN MALAYSIA BAHARU TUN? #viralhancing

Rakyat khususnya orang Melayu berhak bertanya Tun Dr.Mahathir Mohamad, apa sudah jadi dengan Malaysia Baharu? Dari semasa ke semasa semakin bercelaru dan haru biru.


Ada pihak mempertahankan perhimpunan menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Putrajaya, ahli politik mengkritik keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara kepada seorang lelaki menghina nabi dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) membela DAP yang dianggap biadab kerana mengecam kerjasama UMNO-Pas.

Apakah ini kesannya apabila Dr.Mahathir dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum PRU-14 begitu beria-ia mempertahankan kebebasan bersuara, amalan demokrasi yang dilihat tidak terbatas dan sanggup bekerjsama kepada pemimpin DAP kerana dendam politik?

Bahananya, golongan LGBT semakin berani bersuara menuntut hak mereka.

DAP pula semakin besar kepala. Kerjasama UMNO-Pas ditentang habis-habisan walaupun ia demi penyatuan ummah.

Penyatuan itu digambarkan akan membawa pemerintahan Taliban ke negara ini, tiada langsung rasa hormat mereka kepada usaha menyatukan umat Islam.

Malaysia Baharu menjadi haru biru kerana Dr.Mahathir yang dianggap pemimpin bijak terpaksa bekerja dengan beberapa menteri yang tidak ‘cerdik’.

Mereka membuat kenyataan tanpa berfikir panjang sehingga akhirnya menyebabkan kerajaan dikecam. Ada pula yang mempertahankan DAP habis-habisan kerana mungkin sudah terhutang budi.

Tetapi semua itu berlaku kerana Dr.Mahathir disifatkan oleh pelbagai pihak membentuk Malaysia Baharu dalam keadaan tergopoh-gapah dan tanpa menduga PH akan menang.

Kesimpulannya Dr.Mahathir perlu menghentikan tindakan pihak tertentu memperalatkan kebebasan bersuara tidak bertempat seperti memperjuangkan hak LGBT, tetapi ia adalah tuntutan tidak bermoral dan amat bertentangan dengan tata susila masyarakat negara ini serta agama Islam.

Lagipun kita amat tahu sentimen Dr.Mahathir dalam soal LGBT, apa yang perlu beliau lakukan ialah menunjukkan ketegasan.

Begitu juga dengan DAP, Dr.Mahathir perlu berani menegur pemimpin-pemimpin parti tersebut supaya jangan melampaui batas dalam bercakap perkara berkaitan orang Melayu dan umat Islam.

Selain itu, rombakan Kabinet perlu dilakukan, mana-mana menteri atau timbalan menteri yang dilihat ‘tidak cerdik’ gugurkan sahaja.

Dr.Mahathir juga tidak harus memandang buruk kerjasama UMNO-Pas. Beliau tidak perlu takut apa-apa kerana bukankah parti-parti dalam PH hebat-hebat belaka.

Apakah Dr.Mahathir pun tidak percaya kepada kekuatan Bersatu untuk melawan UMNO atau ‘kehebatan’ Amanah melawan Pas? Sama ada kerjasama itu akan berjaya atau tidak, biarlah rakyat menentukan.

Dr.Mahathir ada kesempatan untuk memperbetulkan semua ini. Lakukanlah! – UTUSAN ONLINE

2 ulasan:

  1. .. politik untuk perolehi kejayaan pihak mana mampu menangani masaalah mendepaninya nyata bn gagal setelah 60 tahun najib gagal mengawal politik dan hubungan kaum di campur pulak dng hal peribadi lalu pecaya jh low bole beri emas di campur kejatuhan harga minyak di galang ganti gst cukai telus kenaikan harga menjadi jadi add an insult to injury .. berlanjutan ke hari ini part dap di letak habuan punch bag hingga menteri di lantik pun di tuduh tak selari.. umno yang kuasa hilang bangsa melayu tetap bejuang sesama bangsa lain walupun pahit ini lah hakikat. .

    BalasPadam
  2. Fikir lah dahulu sebelum menudoh yang bukan bukan.Baru lahir kah dalam politik Tanah Melayu?Jangan jadi tukang fitnah seperti iblis.Maaf lah ya.

    BalasPadam

[Muafakat Nasional] Mana mungkin Nik Aziz terima penyatuan Ummah Islam ini kata Mujahid

PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa menyanggah dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa bekas mursyidul am parti Isla...