Sabtu, 9 Mac 2019

KERJASAMA PAS, UMNO IBARAT TALIBAN DI AFGHANISTAN KATA NGA KOR MING #viralhancing

Kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan.


Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, pembentukan kerajaan UMNO-Pas merupakan satu keadaan “tiada patah balik” yang akan menyebabkan rakyat menderita.

“UMNO dan Pas telah mengambil tindakan bersama yang semakin ekstrem manakala golongan Melayu yang sederhana dan berfikiran terbuka pula menjadi berdiam diri.

“Golongan yang berfikiran sederhana dan pertubuhan masyarakat berkenaan harus bersatu dan menguatkan tenaga supaya negara menghala ke aras pemerintahan yang mengamalkan pendekatan sederhana dan bukannya ekstrim,” katanya.

Kor Ming dipetik Kwong Wah Yit Poh selepas menghadiri satu aktiviti sempena dengan sambutan Hari Wanita di Kampung Aulong di Taiping, Perak pada Jumaat.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, UMNO dan Pas bagaikan dua kapal yang semakin tenggelam dan mereka cuba menyelamatkan diri dengan berpaut bersama.

“Sesetengah pemimpin UMNO sudah didakwa di mahkamah dan parti itu penuh dengan skandal. Dalam Pas pula, terdapat juga pemimpinnya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau juga menyatakan kekesalannya apabila MCA dan MIC masih “berpelukan” dengan UMNO

“Jika Pas bekerjasama dengan UMNO, masyarakat majmuk yang terbina sejak 1957 akan berdepan krisis,” katanya – MalaysiaGazette

6 ulasan:

  1. Janganlah terpengaruh dengan kata2 rasis diatas!!! Kerjasama PAS UMNO akan mengimarahkan lagi perpaduan diTanah Melayu. Islam dan orang2 Melayu akan lebih terpelihara.

    BalasPadam
  2. Mereka sudah gerun bila UMNO dan PAS bekerjasama.

    BalasPadam
  3. Bila org Melayu nak bersatu terus dilabel racist..taliban..extremist..apa ni..bila cina bersatu dlm dap tak pa..tu sbb aku mmg bertambah benci dgn dap dan sekutu2 nya dlm pakatan haram..bangsa melayu kena bersatu utk masa depan negara..kalau tak bersatu satu masa nanti akan jadi pelarian di negara sendiri

    BalasPadam
  4. mamat ni cuba hasut orang benci penaytauan
    umat islam di tm

    teruskan usaha penaytaun atas dasar iman n taqwa
    bukan selain itu

    BalasPadam
  5. Tarik balik 999 tahun yang dineri kaum Cina.. roboh dan tutup pusat judi haram.. gerai haram kaum cina banyak tumbuh mcm cendawan di Ipoh perak kampar bidor dll... kerajaan perpaduan ummah tegakkan rules of law... gempur tutup dan roboh sita jangan lupa 999 tahun tarik balik... tak perlukan undi Cina lagi... do or die...

    BalasPadam

RIDHUAN TEE TERLEBIH MENJADI MELAYU KATA PAN #viralhancing

KUALA LUMPUR – Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (PAN) menasihatkan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar berhenti mengaitkan Islam d...