Selasa, 5 Mac 2019

KOMUNITI YANG MENOLAK S STRERAM SEBAGAI CALON AKAN DIHUKUM KATA MB N9 #viralhancing

KUALA KLAWANG: Menteri Besar Aminuddin Harun berkata 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Rantau yang membuat bantahan sebulat suara menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau S Streram sebagai calon pilihan raya kecil DUN Rantau kemungkinan dikenakan tindakan.


Katanya, beliau akan berunding dengan semua pihak sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka.

“Bagi saya, apa yang mereka lakukan adalah satu perkara yang serius dan kalau perlu tindakan disiplin, saya akan mengambil tindakan disiplin itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan seramai 11 pengerusi dan setiausaha MPKK DUN Rantau semalam yang sebulat suara menolak Streram sebagai calon PKR DUN Rantau.

Mereka mendakwa Pakatan Harapan yang memilih untuk kalah lebih awal jika pakar buis itu yang bukan anak jati DUN berkenaan tetap dipilih.

Mengulas lanjut, beliau berkata seseorang yang dilantik oleh kerajaan negeri tidak sewenang-wenangnya boleh membuat pengumuman ataupun mengadakan sidang media yang kontroversi.

Katanya jika mereka ingin meluahkan rasa tidak puas hati atau bantahan, mereka sepatutnya melalui saluran yang betul.

“Ini menunjukkan mereka tidak mengikut saluran yang tepat. Seseorang yang dilantik oleh kerajaan negeri dan membuat keputusan tanpa berunding dengan kerajaan negeri adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka sebenarnya ada saluran yang boleh disalurkan dan apa yang mereka lakukan adalah satu perkara yang tidak mengikut peraturan,” katanya.

1 ulasan:

  1. elok lah dicalonkan s. streram sebab dia bekas calon dulu dan bolih menambahkan koleksi kekalahan ph.

    BalasPadam

SAH VIDEO SEMBURIT HAZIQ DAN AZMIN TULEN #viralhancing

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan seorang menteri adalah tulen. ...