Isnin, 25 Mac 2019

NURUL IZZAH PATAH HATI TETAPI SUDAH BERANI KRITIK MAHATHIR #viralhancing

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar berkata, beliau sedang menghabiskan penggal terakhirnya sebagai wakil rakyat kerana kecewa dengan Pakatan Harapan.


Secara jujurnya, Nurul Izzah mengakui, beliau patah hati dengan situasi politik semasa.

Selepas tiga bulan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan dan tidak terbabit dalam politik kecuali hanya memberi tumpuan kepada Parlimennya, Nurul Izzah memberitahu, keadaan politik sekarang sangat mencabar dan tunggang-langgang.

Namun, beliau masih bertahan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya banyak belajar tetapi saya fikir sudah patah hati,” katanya dalam wawancara dengan Straits Times baru-baru ini.

Antara yang insiden paling mengecewakannya ialah penyertaan bekas ahli-ahli Parlimen UMNO dalam Pakatan Harapan.

“Ia situasi yang sangat menyedihkan kerana saya percaya sistem dua gabungan penting untuk masa depan Malaysia,” katanya.

Anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu turut mengakui bukan senang untuk bekerja dengan lelaki yang telah menjatuhkan ayahnya sejak hampir dua dekad lalu.

“Bekerja dengan bekas ditaktor yang menyebabkan berlaku banyak kerosakan, bukan sahaja kehidupan keluarga kami, tetapi juga sistem. Ia bukan mudah,” akui Nurul Izzah.

Menurut media Singapura itu, Nurul Izzah masih bercakap dengan emosi apabila mempertahankan Anwar dan bagaimana penjara telah memisahkan bapanya dengan keluarga, termasuk ibunya yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri serta lima adik-adiknya.

Nurul Izzah hanya mengungkap ‘Insya Allah’ apabila ditanya mengenai pelantikan bapanya bagi menggantikan Dr Mahathir selepas ini.

Nurul Izzah baru-baru ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas didakwa tidak puas hati dengan tindakan Dr Mahathir mengarahkan Datuk Seri Ronald Kiandee terus memegang jawatan Pengerusi PAC.

Tindakan Perdana Menteri itu jelas melanggar janji manifesto yang sebelum ini mengkhususnya jawatan itu kepada pembangkang. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

VIDEO SEMBURIT HAZIQ BERPONTENSI HANCURKAN PH KATA LIM KIT SIANG #viralhancing

Lim Kit Siang mengakui video seks Haziq Abdullah Abdul Aziz merupakan cabaran terbesar bagi Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum k...