Jumaat, 15 Mac 2019

[PENCEMARAN TOKSIK] SERAMAI 3,555 MANGSA BAHARU, DARURAT TIDAK PERLU, MASIH TERKAWAL #viralhancing

PASIR GUDANG - Seramai 780 mangsa baharu pencemaran toksik dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam tempoh enam jam bermula pada 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi.


Dengan perkembangan tersebut, seramai 3,555 individu telah dirujuk untuk mendapatkan rawatan  awal sejak kes pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dilaporkan pada 7 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, daripada 780 yang dirujuk sehingga malam tadi, hanya 202 individu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

“Dan daripada 202 kes pula, seramai 113 individu dimasukkan hospital iaitu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, Sahruddin berkata, seramai 531 mangsa yang mendapatkan rawatan di kedua-dua hospital itu sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - K! ONLINE.

1 ulasan:

  1. Anak sedara aku balik 1A 4B yg selebih ada 3c 1d mak dia tanya mana A Lagi ? dia jwb sijil palsu pun boleh jadi menteri besar dan menteri lagi ..nak buat apa A byk2.... kikikiki.kikikiki..

    BalasPadam

RIDHUAN TEE TERLEBIH MENJADI MELAYU KATA PAN #viralhancing

KUALA LUMPUR – Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (PAN) menasihatkan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar berhenti mengaitkan Islam d...