Isnin, 4 Mac 2019

PENEROKA FELDA USAH SAKIT HATI, CADANGAN SAYA SUPAYA TANAM SELAIN SAWIT ITU SEPATUTNYA PENEROKA SETUJU KATA MENTERI #viralhancing

KUALA LUMPUR 4 Mac - Menteri Industri Utama, Teresa Kok mempersoalkan mengapa pekebun dan peneroka berasa sakit hati terhadap cadangannya agar golongan itu mempunyai tanaman alternatif lain selain bergantung kepada kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.


Beliau malah berkata, cadangan itu sejajar dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sendiri pernah memaklumkan untuk tidak bergantung kepada satu jenis tanaman sahaja. 

"Mengapa mereka rasa sakit hati ? kerana kenyataan yang saya keluarkan itu?

"Bukan sahaja daripada saya malah Perdana Menteri sendiri pernah menyuarakan pandangan kita tidak patut hanya bergantung kepada satu jenis tanaman.

"Jadi saya tidak faham mengapa mereka kecil hati.. Yang kecil hati siapa? Utusan Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita selepas Forum Perniagaan Minyak Kelapa Sawit Malaysia-China, di sini hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, Teresa mencadangkan kepada pekebun supaya beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu seluruh negara.

Namun, tegas beliau, buluh, nanas dan kelapa adalah cadangan alternatif kepada pekebun kecil yang selama ini bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan, dan bukan sebagai tanaman pengganti.

Sebuah portal hari ini melaporkan peneroka Felda tidak bersetuju dengan saranan kerajaan supaya pekebun mengehadkan peluasan tanaman kelapa sawit sebaliknya menambah pendapatan mereka dengan menanam tanaman alternatif lain.

Salah seorang peneroka Felda menyifatkan cadangan itu sangat mengecewakan kerana percaya kelapa sawit sangat berbudi kepada warga peneroka dan kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha mengatasi masalah dalam industri sawit itu sendiri. - UTUSAN ONLINE

8 ulasan:

  1. Cadang mempelbagaikan tanaman pun jadi kecik hati. Bukan dia suruh tanam anggor, pear atau apple. Cadangan Theresa Kok memang bagus. Dah kelapa sawit kena boikot, elok buat tanaman lain yg menjana pendapatan. Di Viatnam, Cina ladang buluh ada 6 juta hektar. Malaysia cuma 20 ribu hektar. Buluh ada pelbagai kegunaan yg menjana pendapatan. Bukalah minda tu sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KOK...KOK...KOK....AYAM BERKOKOK ATAS BATANG BULUH.....

      Padam
    2. Sekarang pun banyak pokok2 buluh terbiar didalam hutan yang tiada siapa pun yang mahu? Mungkin boleh dijadikan makanan BABI?

      Padam
  2. Sebesar mana kilang untuk memproses buluh telah disediakan oleh pie eih

    BalasPadam
  3. BULUH BETUNG!

    BalasPadam
  4. Sehingga kini tiada lagi idea2 bernas dari menteri bodoh diatas walau sebesar taik hidung pun...

    BalasPadam
  5. Dia yang gagal, tiada idea, utusan yang disalahkan?

    BalasPadam
  6. Baca ni untuk kembangkan otak yang tepu dengan dadak:

    https://www.amenoworld.org/2019/03/tanam-buluh-bukan-idea-bangang-menteri.html

    BalasPadam

MAJORITI FDI DALAM SUKU PERTAMA MERUPAKAN PELABURAN BERKUALITI KATA TONY PUA #viralhancing

Suku pertama 2019 menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi direkodkan, terdiri daripada pelaburan-pelaburan berkualiti, kat...