Sabtu, 30 Mac 2019

PENYAKIT BUAH PINGGANG BEBAN KEPADA NEGARA KATA MENTERI #viralhancing

IPOH 30 Mac - Penyakit buah pinggang merupakan satu beban besar kepada negara apabila terdapat sekurang-kurangnya 39,000 pesakit yang memerlukan dialisis dengan kos rawatan dianggarkan bernilai RM1.6 bilion pada setiap tahun.


Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, angka tersebut dijangka meningkat sehingga 50,000 pesakit pada tahun depan dengan kesedaran orang ramai mendapatkan rawatan, hasil jaringan komprehensif perkhidmatan dialisis di Malaysia setanding kebanyakan negara maju.

“Kebanyakan penyakit buah pinggang ini berasal dari kencing manis dan darah tinggi, jadi saya menyeru kepada masyarakat supaya mempraktikkan gaya hidup sihat supaya kita boleh mengelakkan penyakit ini.

“Kita juga tahu bahawa mereka yang menghidap pada peringkat awal, jika mengamalkan pemakanan sesuai dan menerima rawatan bertepatan, boleh menangguhkan kemerosotan penyakit buah pinggang sebanyak 50 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Boon Chye berkata, menerusi program Skim Peduli Kesihatan (Peka B40) yang bakal dilancarkan pada bulan depan, mereka yang layak mendaftar perlu mengambil kesempatan dengan melakukan saringan kesihatan di klinik-klinik berdaftar.

Menurut beliau, saringan kesihatan secara percuma itu bukan sahaja meliputi fungsi buah pinggang, tetapi juga pemeriksaan fizikal, darah tinggi, kencing manis, kolesterol serta penilaian kesihatan mental.

“Di bawah program ini, individu yang layak ialah mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berumur 50 tahun dan ke atas.

“Dalam senarai, yang layak (terdapat) lebih daripada tiga juta (orang) tetapi pada peringkat awal, kita peruntukkan sebanyak RM100 juta untuk 800,000 peserta,” katanya. - UTUSAN ONLINE

1 ulasan:

  1. Buat cai yang ada ni cheq nak habaq. Kerajaan dulu sakit teruk ke ringan ke bayar singgit, paling mahal 5 ringgit je bang. Dulu poliklinik kerajaan memang hancuss tapi la ni walau kerajaan tukaq, servis masih terbaik. Memang sebagai rakyat, kita wajib jalani gaya hidup sihat tapi yang sakit tu pun rakyat bang oi bukan raykat. Daripada buat program peduli sihat yang macam ni, baik buat saringan kat poliklinik nu, saringan sakit buah pinggang ka, HIV ka, semua free. Jangan nak bagi 'sihat' kroni ja, pastu kalau rakyat pun yang dok dukung PH ja.

    Oh cakap pasal saringan kesihatan, HIV test klinik kerajaan free ja. Kalau ditakdirkan positif sekalipun, ubat HIV free, kerajaan tanggung satu jenis (kerajaan dululah, yang la ni ntahlah). Cuma tebal telinga sikitlah kena dok ceramah. Kepada yang berisiko silakanlah buat saringan sakit apapun seblum Pakatun buat keja bodoh dengan memansuhkan semua ni.

    BalasPadam

Kisah gaduh-gaduh ikut skrip sempena PRK Tanjung Piai oleh D4P dan Bersatu terbongkar

Pada awal-awal perbalahan antara Bersatu dan D4P kerana mulut Ronnie Liu, bila diamati jalan cerita kedua parti ini, rupa-rupanya ada berseb...