Rabu, 6 Mac 2019

PERAK DALAM RADAR UNTUK KERAJAAN PAS UMNO? #viralhancing

ADAKAH krisis politik Perak 2009 sehingga menyaksikan perubahan kuasa pentadbiran kerajaan negeri bakal berulang?


Dengan UMNO dan Pas kini membentuk kerjasama politik secara rasmi, sudah tentu memberi tekanan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Masakan tidak, jika diambil kira pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini, Gabungan UMNO dan Pas mempunyai 28 kerusi, manakala PH pula 30 kerusi dan satu lagi kerusi adalah Bebas.

Andaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, Datuk Nolee Ashilin Radzi yang sebelum ini keluar UMNO untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar beralih kepada gabungan UMNO-Pas, situasinya bakal berubah kepada 30-29 antara PH dan pembangkang.

Melihat daripada sudut politik, pelbagai kemungkinan boleh berlaku dengan perbezaan hanya satu kerusi DUN sahaja. Ini situasi yang tidak stabil bagi sebuah kerajaan negeri.

Hakikatnya gabungan UMNO-Pas hampir-hampir membentuk kerajaan negeri di Perak selepas PRU-14 dengan UMNO ketika itu mempunyai 27 kerusi DUN, Pas 3 manakala PH 29.

Walau bagaimanapun, kegagalan mencapai kata sepakat antara UMNO dan Pas dalam beberapa perkara ketika itu menyebabkan pembentukan tersebut tidak dapat direalisasikan.

Dua ADUN UMNO ketika itu iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Nolee Ashilin memilih menyatakan sokongan kepada Ahmad Faizal yang merupakan satu-satunya ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menjadi Menteri Besar.

Ketika Nolee Ashilin memilih untuk keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas, Zainol Fadzi pula menyertai Bersatu. Mungkin sebagai sokongan kepada Ahmad Faizal.

Namun, pasca PRU-14 memperlihatkan senario politik Perak tidak pernah senyap daripada pelbagai isu, termasuklah kepercayaan terhadap pentadbiran Ahmad Fazial.

Dengan termeterainya kerjasama politik antara UMNO dan Pas ini, sudah tentu memberi ancaman kepada PH. Seperti dibuktikan ketika mahu membentuk kerajaan negeri itu pasca PRU-14, sokongan ADUN boleh berubah.

Perak juga pernah menyaksikan ADUN membuat keputusan lompat parti pada tahun 2009 sehingganya berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat berulangnya krisis politik Perak 2009? Bagaimana pentadbiran Pakatan Rakyat ketika itu tumbang dan digantikan dengan Barisan Nasional (BN).

Pas Perak sudah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) negeri membentuk kerajaan negeri baharu. Bunga-bunganya sudah ada. - UTUSAN ONLINE

5 ulasan:

  1. secara teknikalnya gabungan PAS UMNO maka kerajaan Kedah dan Perak sudah bertukar tangan milik parti pembangkang maka Rules Of Law hendaklah ditegakkan

    Dengan pengumuman UMNO berkahwin dengan PAS secara rasminya Perak dan Kedah sudah dikuasai oleh parti pembangkang..
    Maka semua tanah 999tahun pada kaum Cina akan ditarikbalik.. lesen dan peniaga haram kaum Cina akan digempur dan di robohkan berdasarkan pada Rules Of Law...Lesen dan kawasan peniaga orang Melayu selain dari kaum Cina akan diperbanyakkan juga berdasarkan pada Rules Of Law... Adun DAP PKR PAN yang berada dalam negeri Perak Kedah akan dikenakan tindakan sekiranya prinsip Rules Of Law tidak dipatuhi sepanjang kerajaan PH memerintah...Bekas Menteri Besar Kedah dan Perak juga akan disiasat berdasarkan pada 'Prinsip Rule Of Law' sekiranya sepanjang pentafbiran kerajaan PH membuat kesalahan. Jangan bagi muka pada boboi dan kutty PM haprak Malaysia.. prinsip 'Rules Of Law' di Kedah Perak perlu dilaksanakan bila gabungan UMNO PAS mrnguasai Perak dan Kedah...insyallah N9 menyusul sedikit masa lagi bila gabungan UMNO PAS dimateri nanti dan prinsip Rules Of Law juga akan kuatkuasakan serta merta..

    BalasPadam
  2. PENJARAKAN MENTERI BESAR KEDAH
    UMNO PAS KINI PUN BERSATU SUDAH
    KERAJAAN PERAK KEDAH KENA SERAH
    RULES OF LAW ME KEDAH PERLU DI DEDAH


    KIKIKIKIKIKI...

    BalasPadam
  3. Dulu pemimpin pas perak sudah hampir menubuhkan kerajaan campuran dgn bn..
    Desakan dari akar umbi yg cetek pertimbangan..umno pas gabung..kami akan keluar dari pas..mahu tk mahu..pemimpin pun ikut la kata ahli..
    Sekarang aku nk dengar ahli2 yg dulu membangkang..aper cer baii..masa peluang teehidang tknak di jamah..tengok tengok jew la orang lain yg kalah menjamah..dik kerna ideologi cetek anda..

    BalasPadam

KIT SIANG TIDAK JADI BERDEBAT DENGAN NAJIB, NAFI DIRINYA TAKUT DAN GENTAR #viralhancing

Gambar sumber Malaysiakini Veteran DAP Lim Kit Siang memutuskan tidak akan meneruskan debatnya dengan bekas perdana menteri Najib Razak...