Ahad, 31 Mac 2019

PRK RANTAU - CALON BEBAS KANTOI MEMANG AHLI PAN BUKAN AHLI PAS #viralhancing


KOTA BHARU, Ahad – Keanggotaan Mohd Nor Yassin, 67, dalam Parti Amanah Negara (PAN) gugur secara automatik, susulan tindakannya bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa berkata, tindakan Mohd Nor adalah bersifat peribadi dan tidak membabitkan keputusan parti itu.

“Dia dah masuk (bertanding sebagai) calon Bebas, dia dah tak jadi ahlilah. Mana-mana anggota parti politik yang ambil tindakan sendiri, keahliannya gugur (secara automatik dan) tidak boleh dikaitkan dengan PAN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Festival Gegar 2019 di Bandar Baharu Tunjong di sini, hari ini.

Husam berkata demikian sebagai mengulas tindakan calon Bbebas itu yang bertanding dalam PRK DUN Rantau, yang didakwa telah menyertai PAN pada 10 Mac lepas.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum itu turut menafikan Mohd Nor adalah calon PAS.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram yang mewakili Pakatan Harapan (PH); Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas, Malarvizhi Rajaram serta Mohd Nor.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal an tidak sah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 April sebagai hari mengundi, manakala 9 April sebagai hari mengundi awal.

DUN Rantau mempunyai 20,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir luar negara. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

VIDEO SEMBURIT - TIADA PENGUBAHAN DIGITAL KATA PAKAR #viralhancing

Pertubuhan media Australia, SBS News, telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ek...