Ahad, 3 Mac 2019

RAKYAT PERLU BERALIH TANAM BULUH LUPAKAN SAWIT KATA MENTERI

Rakyat negara ini disaran beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu di seluruh negara.


Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, langkah itu penting memandangkan tanaman baharu seperti buluh dilihat amat berpotensi dan mendapat permintaan baik.

“Saya rasa inilah masanya untuk kita hentikan perluasan penanaman kelapa sawit dan melihat kepada tanaman lain contohnya di Pahang sesete­ngah kawasan terdapat banyak pokok buluh. Buluh boleh dijadikan banyak barangan dan Jepun adalah pasaran terbaik untuk produk buluh.

“Ini adalah antara jenis pokok (tanaman) yang boleh kita lihat, lupakan hanya menumpukan kepada penanaman kelapa sawit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Projek The [email protected] di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Parli­men Bentong, Wong Tack; Pe­ngerusi Bina Puri Holdings­ Bhd. (Bina Puri), Tan­ Sri Ir. Wong Foon Meng; Pe­ngarah Urusan Kumpulan Bina Puri, Tan Sri Tee Hock Seng dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Puri, Datuk Mathew Tee.

Tambah beliau, selain buluh, pokok kelapa dilihat berpotensi dan boleh mendatangkan keuntungan yang mana Malaysia sendiri mengimport kira-kira RM1 juta kelapa setahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, langkah menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit adalah tepat memandangkan minyak sawit di dalam negara mencukupi bagi menstabilkan harga komoditi itu.



Jelasnya, kejatuhan harga minyak sawit hujung tahun lalu menyaksikan ramai pekebun kecil menderita dan terkesan berbanding syarikat besar yang dilihat masih mampu meraih keuntu­ngan.

Sementara itu, mengulas menge­nai kunjungannya ke Indonesia baru-baru ini, beliau berkata, perbincangan me­ngenai masa depan minyak sawit dengan Indonesia berjalan baik dan Malaysia bersama Indonesia akan terus membantah usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk memboikot minyak sawit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROGOL AMAH : PAUL YONG TIDAK MENGAKU BERSALAH

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong, didakwa di Mahkamah Se...