Rabu, 6 Mac 2019

SAH BN+PAS CUKUP KERUSI UNTUK BENTUK KERAJAAN NEGERI PERAK MENURUT SUMBER #viralhancing

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan telah memiliki bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sehubungan itu beliau akan memohon menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk menyembah maklum kedudukan terkini itu dan perkenan untuk membolehkan kerajaan negeri dibentuk.


Menurutnya, berdasarkan keputusan PRU-14 tidak ada parti memperoleh jumlah kerusi majoriti mudah bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri Perak.

Katanya, BN memperoleh 27 kerusi manakala beberapa parti yang bertanding di bawah PKR 29 kerusi dan Pas tiga kerusi.

"Bagaimanapun suka cita saya ingin memaklumkan bahawa BN telahpun mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

"Justeru saya akan memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah bagi menyembah maklum kedudukan terkini dan perkenan untuk membolehkan kerajaan negeri dibentuk," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Kenyataan tersebut dibacakan oleh Pengarah Komunikasi dan Korporat Pejabat Menteri Besar, Nizamuddin Mat Isa.

Terdahulu, Pas Perak memberi petunjuk awal untuk bergabung dengan BN bagi membentuk sebuah kerajaan gabungan di negeri Perak.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata semalam, Pas pastinya mahu memilih parti yang boleh memberi kerjasama sepenuhnya dalam memperjuangan Islam demi kesejahteraan ummah.

Gabungan BN-Pas membolehkan kerajaan negeri ditubuhkan dengan majoriti mudah 30 kerusi berbanding Pakatan Harapan 29 kerusi.

Pas menang DUN Selama (Mohd. Akmal Kamarudin), Kubu Gajah  (Khalil Yahaya) dan Gunung Semanggol (Razman Zakaria). - UTUSAN ONLINE

Artikel ini pada 11 Mei 2018

1 ulasan:

  1. TERTUBUHNYA KERAJAAN PERPADUAN UMAH
    NGAH NGEH JALANKAN RULES OF LAW YEAR
    999 TAHUN GERAI CINA ROBOH SAJA LAH
    MENYEMAK SAJA KAUM TAK PERLU DIBELA

    GERAI HARAM ORANG CINA MESTI ROBOH... 999 TAHUN TANAH KG BARU CINA TARIK BALIK... PBT KENA TEGAS BANTRAS JUDI MAKSIAT DI IPOH ... KOMPAUN PADA GERAI CINA YANG MAKIN BERSEPAH SEPAH BERDASAR PADA PRINSIP RULES OF LAW...

    KEDAH TUNGGU MASA DAN TINDAKAN SEWAJATNYA PADA MB KEDAH PERLU DIJALANKAN DEMI MENJUNJUNG PRINSIP RULES OF LAW WALAUPUN BAPA NYA SEORANG PM TUNGGU MASA NAK MATI.. SOO WHAT...??

    BalasPadam

PKR sedang berantakan dengan dashyat, batal jemputan Azmin adalah salah satu perkara paling tragis menurut sumber

Akhirnya perbalahan ketara antara kem Azmin dan Anwar sudah tidak mampu disorokkan dengan aman, mereka sedang berpecah belah, mereka sedang ...