Sabtu, 23 Mac 2019

SALAH GUNA MEDIA SOSIAL - SKMM SERBU 11 LOKASI RAMPAS TELEFON BIMBIT DAN KOMPUTER RIBA #viralhancing

CYBERJAYA – Sebanyak 11 lokasi di beberapa buah negeri diserbu Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) awal minggu ini atas pelbagai kesalahan termasuk perbuatan menghantar kandungan yang bersifat lucah seperti video seks, lapor Kosmo.


Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Datuk Mohd. Shafie Harun berkata, kesalahan lain yang dilakukan menjurus kepada penghantaran perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang jelik dan menghina, serta kandungan mengancam dengan niat untuk menganggu dan menyakitkan hati orang lain.

Menurutnya, operasi serbuan yang mendapat sokongan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu antara lain sebahagian usaha untuk mengekang penyalahgunaan media sosial di negara ini.

“Dalam operasi serbuan itu, rakaman percakapan turut diambil daripada suspek manakala beberapa peranti komunikasi, kad SIM, kad memori, komputer riba dan cakera keras turut dirampas untuk siasatan lanjut.

“Tindakan ini susulan aduan yang diterima daripada mangsa mengenai kandungan yang dilarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



2 ulasan:

  1. Kalau la tindakan ini dibuat oleh kjaan BN dulu tentu jadi isu besar. Maka keluarla segala loyar dengan tuduhan yg macam2. Skrg baru depa tau pentingnya akta berita tidak benar

    BalasPadam
  2. Anonymous said...
    Kempen sayangi sawitku sbb robert kwok dah kuasai sawit malaysia mampos melayu kaya raya kroni mamak daim..puiiii... mamak dah nyanyok mintak minum minyak sawit 1 sudu sehari...

    BalasPadam

Kisah gaduh-gaduh ikut skrip sempena PRK Tanjung Piai oleh D4P dan Bersatu terbongkar

Pada awal-awal perbalahan antara Bersatu dan D4P kerana mulut Ronnie Liu, bila diamati jalan cerita kedua parti ini, rupa-rupanya ada berseb...