Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini berjanji untuk mengembalikan semula bayaran RM250 kepada mahasiswa sepertimana yang dinikmati pada zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pada tahun depan.
Beliau berkata, pada tahun ini, kerajaan hanya mampu untuk memberikan RM100 kepada mahasiswa di bawah skim baharu, Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi ( BPPT) yang menggantikan BB1M.
Menurutnya, pemotongan itu dibuat kerana kerajaan terpaksa berjimat-cermat untuk pengurusan membayar hutang pemerintah terdahulu berjumlah RM1 trilion.
“Keadaan kewangan semasa turut menyebabkan kadar bantuan kad buku dikurangkan selain keutamaaan kerajaan untuk menyalurkan lain-lain bantuan kepada golongan miskin.
“Itulah sebahagian hasil perbincangan mengenai perkara itu (kad buku) untuk tahun ini. Saya pohon maaf dan berjanji akan berusaha mendapatkan jumlah yang asal pada tahun hadapan,” katanya.
“Itulah sebahagian hasil perbincangan mengenai perkara itu (kad buku) untuk tahun ini. Saya pohon maaf dan berjanji akan berusaha mendapatkan jumlah yang asal pada tahun hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam Majlis Sepetang YB Dr. Maszlee Malik bersama warga UMK di Kampus Bachok, dekat sini, petang tadi.
Mahasiswa tersebut menuntut supaya kadar BPPT sama dengan BB1M iaitu RM250 yang didebitkan melalui Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.
Sementara itu, menjawab soalan mahasiswa mengenai pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) Maszlee berkata, pembayaran balik bagi peminjam yang berpendapatan RM4, 000 dikekalkan.
Menurutnya, pendekatan yang lebih berkesan perlu dilaksanakan agar pengurusan PTPTN terus memiliki dana untuk membantu pelajar lain yang masih memerlukan bantuan pinjaman.
“Mekanisme yang terbaik sedang dibincangkan dan sekiranya keadaan kewangan semasa negara pulih kita akan lakukan yang terbaik dalam tempoh yang terdekat.
“Bersyukurlah, paling tidak mahasiswa masih menerima bantuan kad buku walaupun pada kadar RM100,” katanya..
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam Majlis Sepetang YB Dr. Maszlee Malik bersama warga UMK di Kampus Bachok, dekat sini, petang tadi.
Menurutnya, pendekatan yang lebih berkesan perlu dilaksanakan agar pengurusan PTPTN terus memiliki dana untuk membantu pelajar lain yang masih memerlukan bantuan pinjaman.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jaga adab - Mat Hasan tegur penentang Zahid
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegur ahli-ahli parti yang mendesak Presiden Ahmad Zahid Hamidi berundur dengan cara tidak wajar, ya...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

penipu...nk sedapkan hati
BalasPadamRakyat tak bodoh
Hutang kerajaan BN dulu tak byk mana pun...
Hari2 menipu kata hutang 1 trillion....guna alasan nak byr hutang.
Bodoh punya kerajaan
PH yg bododh mansuh GST...tahun ni dah hilang 50 billion. Kalau SST mungkin dapat kutip 20 billion.
Dah kurang 30 billion...
sebab tu byk bantuan tak dpt nak diberi...
Bukan sebab hutang!!!
Sekarang jual aset kerajaan dan rompak petronas 30 billion utl cover....bodoh punya kerajaan PH
Itulah sebahagian hasil perbincangan mengenai perkara itu (kad buku) untuk tahun ini. Saya pohon maaf dan berjanji akan berusaha mendapatkan jumlah yang asal pada tahun hadapan,” katanya.......MANA ADA JUMLAH YG ASAL...itu jumlah yg BN bagi.....PH cuma bagi RM 100 sahaja....jadinya jumlah asal PH bagi adalah RM 100 sahaja la....cakap la akan tambahkan lagi kepada nilai RM250 seperti BN bagi...apa laaa
BalasPadamAWAS! PENIPUAN BAKAL BERLAKU LAGI. Sudah2 la
BalasPadam