Isnin, 25 Mac 2019

SEMUA PENJAWAT AWAM PERLU IKAT PERUT ZAMAN PAKATAN HARAPAN INI KATA MAHATHIR #viralhancing

KUALA LUMPUR 25 Mac - Semua penjawat awam diminta 'ikat perut' buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu.


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada waktu ini kerajaan perlu memberi tumpuan untuk membayar hutang yang tinggi.

Katanya, jika kerajaan dapat membayar hutang ini, pendapatan juga akan dapat dipertingkatkan.

“Saya merayu rakan-rakan dalam Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya bersabar sementara kita nak pulihkan kewangan negara. Kalau tiada tindakan ganas dan liar, dalam tiga tahun kita akan pulih semula.

“Walaupun kita bermasalah, tak sampai peringkat kebuluran. Kita sebuah negara aman, boleh pulih dengan lebih cepat. Di Asia Barat, negara mereka termusnah dan satu bilion daripada rakyat mereka akan mati kelaparan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS Bersama Perdana Menteri di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda. - UTUSAN ONLINE

1 ulasan:

  1. Ingatkan org yg dituduh pencuri buat negara jadi bangkrap. Rupa2nya kaki kencing buat negara makin hancing.
    Ko nak suruh org ikat perut...anak2 dan kroni ko melahap tanpa had.
    Bangang!!!
    Tak sampai setahun memerintah hutang negara naik rm100b. Bayangkan klu 3 tahun.

    BalasPadam

POS MALAYSIA MENGESAHKAN, KERIS ADALAH BARANG LARANGAN PENGEPOSAN!! #viralhancing

Adakah ahli DAP Balakong patut PDRM siasat kerana membuat kenyataan palsu dan menjelekkan kononnya nak mengaitkan ugutan kepadanya iaitu men...