Jumaat, 8 Mac 2019

SKMM ADA KUASA PADAM STATUS WARGANET DI MEDIA SOSIAL KATA MENTERI #viralhancing

Kerajaan bercadang memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memadam paparan atau status di media sosial yang dilihat sengaja mencetuskan isu perkauman dan keagamaan.

Gambar-MalaysiaGazzete

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau sedar akan kepentingan menangani masalah penyalahgunaan media sosial yang semakin meruncing.

“Selain menggubal undang-undang media sosial, kita sedang lihat bagaimana SKMM boleh diberikan kuasa untuk memadamkan paparan di media sosial yang berunsurkan perkauman, menyentuh agama dan institusi Raja-raja.

“Ini adalah bagi menangani ancaman dengan lebih efektif. Kita dalam proses perbincangan dengan beberapa pihak dan berharap perkara ini dapat dibawa ke Parlimen pada persidangan Julai ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Hari Keselamatan Internet 2019 di sini, hari ini.

Gobind juga memperkenalkan konsep kewarganegaraan digital bagi mengetengahkan perilaku baik, penerapan nilai murni dan kebertanggungjawaban dalam penggunaan teknologi digital itu.

“Penggunaan internet mestilah bersandarkan kepada etika yang boleh diterima masyarakat dan sebarang masalah etika inilah yang kita cuba tangani ketika ini,” katanya.

Selain itu, Gobind mengesahkan pembaharuan polisi keselamatan siber negara masih dalam perbincangan dan akan hanya diumumkan kemudian.

Sebelum ini, Gobind mengumumkan bahawa kerajaan kini dalam proses meminda undang-undang agar peruntukan mengenai ancaman terhadap perpaduan dan keselamatan negara menjadi lebih efektif.

FMT

1 ulasan:

  1. Adakah PENIPUAN menifesto berskala besar2an oleh DAP/PH merupakan amalan beretika pemimpin2 DAP/PH? Ataupun berkata mempunyai bukti kukuh Anwar meli*at didalam parlimen tetapi kemudian menjadi peguambela diluar dewan merupakan amalan yang beretika?

    BalasPadam

PKR sedang berantakan dengan dashyat, batal jemputan Azmin adalah salah satu perkara paling tragis menurut sumber

Akhirnya perbalahan ketara antara kem Azmin dan Anwar sudah tidak mampu disorokkan dengan aman, mereka sedang berpecah belah, mereka sedang ...