Khamis, 7 Mac 2019

SUSULAN KENYATAAN 'PAS DAN UMNO INGIN PERANG TERHADAP BUKAN ISLAM', LIM GUAN ENG DIKECAM DENGAN TERUK OLEH WARGANET #viralhancing

KUALA LUMPUR - Walaupun kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng telah diubah daripada ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’, namun kenyataannya tetap mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk warganet.


Rata-rata warganet melahirkan kekecewaan bagaimana seorang menteri sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu walaupun untuk mengkritik kerjasama antara UMNO dan Pas.

Seorang pengguna akaun Facebook yang menggunakan nama Daeng Tenri Mitau memberitahu, Menteri Kewangan itu seharusnya dipecat dan dihukum kerana mengeluarkan kenyataan rasis.

“Kita rakyat Malaysia kena tuntut dia dipecat dan dihukum sebab kenyataan rasis. Gerakkan perhimpunan tuntut dia dihukum dengan berat.

“Kalau di negara lain kes seperti ini boleh timbul pergaduhan kerana ada provokasi,” tulisnya.

Pemilik akaun yang menggunakan nama Tuah pula mempersoalkan mengapa pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) tidak bersuara walaupun Melayu dan Islam diserang.

“Mana semua pemimpin-pemimpin Melayu PH, semuanya dah bisu tak berani bersuara? Telinga dah pekak tak berani nak mendengar atau mata telah buta tak berani lihat Melayu Islam diserang. Sudah matikah semuanya? soalnya.

Ibrahim Majid pula memberitahu, walaupun perkataan dalam kenyataan itu telah di ubah namun tetap membawa maksud yang sama.

“Walau ubah perkataan maknanya sama. Terlajak perahu boleh di undur terlajak cakap buruk padahnya,” katanya.

Semalam, menerusi portal Malaysiakini, Guan Eng menyifatkan kerjasama di antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu diubah daripada ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RIDHUAN TEE TERLEBIH MENJADI MELAYU KATA PAN #viralhancing

KUALA LUMPUR – Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (PAN) menasihatkan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar berhenti mengaitkan Islam d...