Jumaat, 15 Mac 2019

TRAGEDI BERDARAH DI NEW ZEALAND, ADUN DAP KAITKAN KERJASAMA PAS DAN UMNO? MELAMPAUNYA #viralhancing

Seorang Adun DAP mendakwa pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch, New Zealand seharusnya menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme.


Chew Chong Sin dalam kenyataannya turut menyatakan kebimbangan mengenai kerjasama Umno dan PAS yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.

“Persepakatan Umno dan PAS serta minat mereka terhadap kaum dan agama adalah tidak bertanggungjawab sama sekali.

“Ia tidak memberi manfaat dalam pembinaan Malaysia baru yang boleh diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas asing..” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak pilihan raya umum lalu, perhatian tertumpu kepada isu mengenai kaum dan agama apabila Umno dan PAS mendakwa Pakatan Harapan (PH) gagal melindungi kepentingan kaum Melayu dan Islam di negara ini

Sementara itu, Chew berkata kerajaan mengusir enam warga Mesir dan seorang rakyat Tunisia yang disyaki ada hubung kait dengan kumpulan militan Islam.

Sambil menggesa pihak polis supaya memperketatkan pengawasan, Adun Mengkibol itu berkata siasatan mendapati warga asing berkenaan cuba menjadikan Malaysia sebagai lokasi selamat.

“Mereka menyelinap masuk ke negara kita menggunakan pasport palsu, berkahwin dengan penduduk tempatan, (memohon dengan alasan) untuk menyambung pengajian atau menjalankan perniagaan di sini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengutuk insiden serangan di Christchurch yang disifatkan sebagai jenayah kemanusiaan.

“Tiada agama yang membenarkan keganasan terhadap orang yang tidak bersalah, dan kejadian ini adalah bertentangan dengan ajaran semua agama.

“DAP berharap agar keluarga-keluarga mangsa dan masyarakat Christchurch akan dapat melalui peristiwa jenayah yang tragik ini dengan penuh kesabaran dan rasa belas kasihan terhadap mangsa-mangsa kejadian,” jelasnya.

Lim berkata DAP juga berharap agar rakyat Malaysia yang tercedera dalam serangan itu selamat dan segera sembuh.

“Doa dan harapan kami agar rakyat Malaysia dan masyarakat di Christchurch yang terperangkap dalam serangan ini kekal selamat,” kata Lim.

6 ulasan:

  1. DAP dah istihar perang kepada kerjasama perpaduan silaturahim PAS UMNO, menyambung silaturahim adalah tuntutan agama. Mereka sangat bencikan Islam. Jom semua penyokong PAS UMNO kita boikot produk2 dan kedai2 DAP, anda mampu mengubahnya...

    BalasPadam
  2. Serangan hendap TERORIST terhadap orang2 Islam di NZ tak ubah seperti serangan hendap [email protected] terhadap balai polis dalam peristiwa Bukit Kepong yang menjadi sejarah penting berkenaan kekejaman terorist KOMUNIS diTanah Melayu.

    BalasPadam
  3. KOMUNIS, Crusader, penganas2 yang membunuh Adib dan pengganas2 berkulit putih yang membunuh berpuluh2 orang awam di NZ tidak banyak berbeza, mereka semua adalah TERORIST!

    BalasPadam
  4. Yg dibunuh org islam.
    Yg membunuh org kulit putih new zealand.
    Yg dibunuh org sedang bersolat dlm masjid
    Yg membunuh org perseorangan
    Sooo... Sekrg siapa yg ganas, sapa yg terrorist
    Yg yg membunuh dn sapa yg dibunuh
    Mmg suweyy dap ni. Malaysia malang sbb dpt warganegara rasis mcm bangsa dap ni

    BalasPadam
  5. kerajaan kena belajar dari singapura bagaimana negara mereka amann dan hidup berbilang kaum,cara mereka melayani kaum minoriti disana yabg dap tidak akab sebut kaum melayu disana di tindas olih kaum majoriti dari segi kenaikan pangkat dan peluang pekerjaan dan lain lain. munkin dap bolih tolobg sebutksn pangkat pegawai melayu yang paling tinggi dalam angkatan tentera mereka .. sepatut nya sebagai kaum yang minoriti kena hormati dan jaga perasaan kaum majoriti tapi sebalik nya yang berlaku kaum minoriti selalu ganggu perasaan kaum melayu dengab penghinaan terhadap agamsa islan dan kita tidak lihat pun pemimpin mereka bersuara menegur kaum mereka supaya tidak bangkit isu sensitif terhadap bangsa melayu yang ada pemimpin melayu pula yang nasihat kaum melayu supaya jaga perpaduan dan keamanan biar pun diprovokasikan olih bangsa lain dengan teruk.sayangi keamanan dan kemakmuran negara

    BalasPadam
  6. DAP telah terang2an mendedahkan perjuangan sebenar parti itu yg selamanya anti Islam dan melayu. Walau pun selama ini kita memang sedar dan tahu perangai buruk itu, org2 melayu masih memberi peluang dan mahukan perpaduan kaum bertambah kukuh sesuai dgn semangat kemerdekaan dahulu. Sebab itu juga org2 cina dilayan dgn sangat baik malah berlebih2an hingga org melayu dan bumi yg 65 peratus marah kpd kerajaan BN.
    Tetapi mulai pru12, 13 dan pru14, dap telah dgn agresifnya mengasingkan org2 cina dlm kelompok sendiri hinggakan org2 cina lebih 95 peratus takut hendak menyokong parti melayu kerana akan dicop pengkhianat bangsa.
    Kerjasama dgn PAS dulu pun hanyalah bertujuan utk melemahkan perjuangan pas disamping mengelak pas dari bekerjasama dgn umno. Utk memastikan pas terikat dgn dap, spt kata Razali, bekas aktivis dap, beberapa pemimpin pas telah dibayar dan dibeli jiwa raganya. Maka terpecahlah pas dan pemimpin yg dikatakan Razali itulah yg menubuh parti baru penjilat tegar dap.
    Apabila pas boleh bekerjasama dgn umno, telah memberikan sepakan kuat ke muka dap maka datanglah kembali mimpi ngeri dap bahawa melayu dan Islam kembali kuat. Kerjasama pas/umno adalah pemangkin kpd sebuah pemerintahan yg kuat yg melindungi semua kaum dan agama. Tidak ada sejarah, negara2 yg diperintah Islam, agama lain dianiaya dan dihancurkan. Nabi Salallahualaiwassalam semasa masuk semula ke Kota Mekah telah memberi jaminan bahawa mereka yg berlindung di rumah ibadat mereka, tidak akan diganggu. Maka bila dap mengatakan kerjasama pas/umno akan mengancam bukan Islam, itu mencerminkan hati busuk mereka atau niat jahat mereka selama ini.
    Dan lagi teruk dan songsangnya otak mereka yg mengatakan tragedi N. Zealand berpunca dari Islam sedangkan yg menjadi mangsa adalah org2 Islam.

    BalasPadam

[PKR vs PKR] Azmin sebenarnya tangan ghaib rosakkan PKR, bidas Akmal

Mereka sedang bergaduh betul-betul agaknya ni, ingatkan berlakon je, almaklumlah PKR ni bijak dalam lakonan, lakonan puak-puak memang lain m...