Rabu, 20 Mac 2019

UMNO DAN PAS PERLU SELESAIKAN PEMBAHAGIAN KERUSI KATA DAP

Kerjasama UMNO-Pas harus menyelesaikan masalah pokok iaitu pembahagian kerusi melibatkan 38 kerusi bertindih di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Gambar-Sumber Utusan

Naib Pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing berkata, perkara itu perlu diselesaikan jika kerjasama UMNO dan Pas benar-benar ikhlas.

Menurutnya, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pas bertanding 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan UMNO bertanding 38 kerusi, yang mana jumlah kerusi yang bakal bertindih menyaksikan pertembungan sebanyak 38 kerusi.

“Jadi siapa parti yang hendak bertanding? Di Selinsing misalnya Barisan Nasional (BN) dan Pas hanya berbeza 97 majoriti.

“Bagaimana sekarang. Pas hendak bantu UMNO ke atau UMNO hendak bantu Pas?,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kar Hing turut mempersoalkan tindakan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad yang didakwa hanya membangkitkan penipuan dan spekulasi apabila mendakwa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan negeri tidak stabil, kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut merestui pertukaran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurutnya, tindakan Ketua Pembangkang negeri itu adalah bersifat bermusim dan sering membangkitkan isu setiap kali menjelangnya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan persidangan seterusnya bakal diadakan pada 16 April ini.

Beliau meminta Saarani supaya menghentikan segala spekulasi dan usaha untuk memburuk-burukkan nama Perak yang mematahkan keyakinan pelabur serta segala pembangunan yang sepatutnya dijalankan di negeri ini.

“Pentadbiran Pakatan Harapan adalah stabil dan kukuh di negeri ini dan kami bersama rakan lain, menyokong kepemimpinan Menteri Besar,” katanya. - UTUSAN ONLINE

7 ulasan:

  1. Yang DAP kepo sangat pasal umno-pas apa hal. Biarla umno-pas selesaikan antara mereka. DAP ada saham ke?

    BalasPadam
  2. DAP sdh gigil!!!!!

    BalasPadam
  3. DAP nampak sangat bodoh
    Elok kau tunai kan semua manifesto..
    Jgn manipu rakyat & kencing hancing
    Urusan UMNO dan PAS bukan hal kau DAP bodoh

    BalasPadam
  4. Cakap tak serupa bikin, semua perkara nak di politikkan...

    Bila bercakap dan menuduh tentang 1MDB, langsung tak pertimbangkan fakta dan kebenarannya...

    Hukuman dah di jatuhkan pada DS Najib jauh lebih awal dari mahkamah...

    Tapi bila bercakap tentang Skandal Terowong Pulau Pinang, gunakan kuasa yang ada untuk menghalang dari di bahaskan...

    Kebebasan suara apakah ini!!!

    Nilai Skandal Terowong Pulau Pinang jauh lebih besar dari 1MDB...

    Skandal 1MDB yang di laung2kan PH sebagai modal politik di PRU 14 bernilai RM2.6 bilion, tapi Skandal Terowong Pulau Pinang bernilai RM50 bilion!!!

    Rakyat menuntut penjelasan dari Lim Guan Eng dan DAP, kerana tanah yang bernilai RM50 bilion tu bukan milik peribadi Lim Guan Eng atau pun DAP, tetapi milik rakyat Malaysia!!!



    Petikan tulisan RPK dari Malaysia Today

    BalasPadam
  5. DAP= DASAR PENGHASUT...PI MAMPOSLAH LU!!!

    BalasPadam
  6. ORANG MELAYU DALAM DAP.....BARUA MASYARAKAT!!!

    BalasPadam
  7. Teruskan bersuara issue terowong dan banglo supaya ianya di bawa ke mahkamah, tommy boleh letak jawatan sebab tidak adil, kes sedang berlansung boleh di tong sampah kan.tolak tommy tolak harapan...they practice rule of the jungle..

    BalasPadam

VIDEO MIRIP MENTERI SIRI KE 3 PULA TERSEBAR

Sudah.. Diambil dari portal MalaysiaGazzette Jadi takkan berhenti penyebaran video luar tabie mirip menteri itu?