Selasa, 5 Mac 2019

UMNO DAN PAS SAH BEKERJASAMA RASMI DEMI UMMAH HARI INI #viralhancing

KUALA LUMPUR: Umno mengumumkan kerjasama rasmi dengan PAS di peringkat Parlimen dan setiap pilihan raya kecil, kata Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti hala tuju kedua-dua parti dan senario politik tempatan.

“Kita bekerjasama bagi menyatupadukan orang Melayu dan ummah tanpa meminggirkan agama dan kaum lain.

“Kita bakal meneruskan gerak kerja bersama dalam setiap pilihan raya kecil dan memantapkan kerjasama di peringkat Parlimen dan hasil kerjasama juga akan dibawa kepada rakan-rakan parti.

“Sebab itu mula-mula kita hantar cincin tunang di Sungai Kandis, lepas itu bertunang di Seri Setia, itu yang sekarang sudah kenduri kahwin, kita sudah bersanding,” katanya selepas mesyuarat 2 jam di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini,

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu dan Umno akan terus mencari titik persamaan demi gabungan itu.

“Kita saling menghormati dasar parti dan polisi masing-masing.

“Cuma kita akan terus mencari titik persamaan, khususnya dalam soal penyatuan ummah,” katanya.

FMT

1 ulasan:

  1. Dengan pengumuman UMNO berkahwin dengan PAS secara radminya Perak dan Kedah sudah dikuasai oleh parti pembangkang..
    Naka semua tanah 999tahun pada kaum Cina akan ditarikbalik.. lesen dan peniaga haram kaum Cina akan digempur dan di robohkan berdasarkan pada Rules Of Law...Lesen dan kawasan peniaga orang Melayu selain dari ksum Cina akan diperbanyakkan juga berdasarkan pafa Rules Of Law... Adun DAP PKR PAN yang berada dalam negeri Perak Kedah akan dikenakan tindakan sekiranya prinsip Rules Of Law tidak dipatuhi srpanjang kerajaan PH mrmerintah...Bekas Menteri Besar Kedah dan Perak juga akan disiasat berdasarkan pada 'Prinsip Rule Of Law' sekiranya sepanjang pentafbiran kerajaan PH mrmbuat kesalahan. Jangan bagi.muka pada boboi dan kutty PM haprak Malaysia.. prinsip 'Rules Of Law' di Kedah Perak perlu dilaksanakan bila gabungan UMNO PAS mrnguasai Perak dan Kedah...insyallah N9 menyusul sedikit masa lagi bila gabungan UMNO PAS dimateri nanti.

    BalasPadam

RIDHUAN TEE TERLEBIH MENJADI MELAYU KATA PAN #viralhancing

KUALA LUMPUR – Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (PAN) menasihatkan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar berhenti mengaitkan Islam d...