Selasa, 23 April 2019

APA DOSA SAYA, LUAH MUJAHID DENGAN NADA KESAL #viralhancing

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof hari ini meluahkan perasaan kesalnya kerana menjadi mangsa fitnah menggambarkan beliau sebagai pejuang kumpulan songsang dan menghalalkan perbuatan maksiat di negara ini.

Gambar - Malaymail

Mujahid juga kesal apabila beliau dituduh menghalalkan perbuatan maksiat atas dasar kemanusiaan sedangkan beliau sendiri tidak pernah berkata demikian.

Saya cakap tentang nilai amanah, bukan saya kata asal sahaja kemanusiaan, apa pun boleh. Saya tak kata pun, orang kata saya kata, apa dosa saya?

“Saya tak kata, bila masa saya kata golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) boleh. Bila masa saya kata zina tak apa asalkan tak nampak.

“Saya kata biar dia jawab dengan Allah di akhirat nanti, sebab bila saya bercakap tentang nilai-nilai ini (kemanusiaan), saya jelas,” katanya berucap pada sesi Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Mujahid juga menegaskan, beliau hanya mengikut perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran berhubung tuntutan kemanusiaan dan idea daripada beliau sendiri.

“Apa Allah kata baik, yang buruk dan tak elok apa yang Allah tak ada, bukan Mujahid kata. Saya hanya mengikut (Allah).

“Jadi, tak timbul yang orang kait dengan kita, sehingga saya ini menjadi popular sangat, menteri paling hiba. Berzina pun taffadal (silakan) asalkan jangan kena tangkap, LGBT tafaddal (silakan) pasal rahmatal lil alamin, orang kafir pijak kepala, pasal rahmatal lil kafirin.

“Saya kata jaga, sesiapa yang kongsi (fitnah) pun jawab (dengan Allah di akhirat). Saya sudah terang, tapi orang dok ulang-ulang (fitnah),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

3 ulasan:

  1. Dosa kamu adalah bersama2 MENIPU manifesto! Celakalah pemimpin2 PH!!!

    BalasPadam
  2. Kau tak layak memegang menteri agama dan berbicara pasal hukum hakam halal haram..sebab kau manusia munafik yang tahu hukum berpelukan dgn bukan Muharam itu haram..tapi kau buat juga demi meraih sokongan politik celaka kamu.

    BalasPadam
  3. itulah salah kau!

    Nah, itulah kau sbnrnya..."apa salah saya? apa saya buat semua tak kena! saya ikut apa yang islam buat, saya bukan suruh mencuri, saya bukan suruh minum arak! dll".

    Apa beza kau dengan sajags "aku semayang jugak, bukan aku semayang kat tokong ke apa ke? aku ni melayu baru. aku tak susahkan orang, org lain pinjam duit tapi tak bayar, dok sibuk pasal nonok aku...heee peygi mamposs..bla bla bla!"

    Sebenarnya kau tak bersalah tapi kau ada rahsia yang tak semua org tahu. Kau cuba berlagak pro....ahaksss.

    BalasPadam

AZMIN TIDAK LAYAK JADI PM KATA DAP #viralhancing

KUALA LUMPUR 20 Julai - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menyedari bahawa beliau tidak mempunyai peluang mengga...