Ahad, 14 April 2019

BAKAL PM KE-8 IMEJNYA TERCEMAR AKIBAT KEKALAHAN PKR DI RANTAU #viralhancing

Rantau: Kekalahan yang memalukan bakal PM

Anwar hilang peluang untuk muncul sebagai pemimpin PH yang mampu mengalahkan gabungan Umno-PAS selepas DAP dan PPBM gagal di Cameron Highlands dan Semenyih.


Sebelum pilihan raya kecil (PRK) Rantau bermula, Presiden PKR Anwar Ibrahim menyeru orang ramai supaya menggunakan kemenangannya di Port Dickson sebagai ukuran untuk menentukan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) di Rantau selepas gabungan politik yang menerajui Putrajaya itu tewas dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih berturut-turut.

Sedihnya, bukan sahaja hasrat Anwar tidak kesampaian, malah PKR tewas di Rantau di tangan BN dengan majoriti lebih besar berbanding PPBM di Semenyih dan tanpa kehadiran Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad membantu kempen calonnya di situ.

Majoriti BN di Rantau sebanyak 4,510 undi atau 27.4% daripada jumlah pengundi yang mengundi adalah jauh lebih besar berbanding majoriti yang diperolehi olehnya di Semenyih, iaitu sekitar 1,914 undi atau 4% daripada jumlah pengundi yang mengundi.

BN melalui calonnya Mohamad Hasan mempertahankan kerusi DUN Rantau dengan majoriti selesa 4,510 undi. Beliau mendapat 10,397 undi untuk menewaskan pencabar terdekat daripada PH Dr S Streram yang memperolehi 5,887 undi.

Lebih menyedihkan ialah prestasi yang hambar ini berlaku di DUN Rantau yang merupakan kawasan campuran yang mempunyai hampir 45% pengundi bukan Islam berbanding Semenyih yang mempunyai kira-kira 31% pengundi bukan Islam.

Di DUN Rantau, 55.5% pengundi adalah orang Melayu, 18.5% pengundi Cina dan 26% pengundi India. Manakala di DUN Semenyih pula pengundi Melayu adalah sebanyak 67%, pengundi Cina 17% dan India 14%.
Perlu diingat bahawa Anwar berkempen di Rantau seolah-olah beliau yang bertanding, bukan Streram.

Bahkan ketika berkempen, Anwar turut berjanji bahawa beliau tidak akan melupakan rakyat DUN Rantau apabila diangkat sebagai perdana menteri ke-lapan nanti.

Mengapakah janji Anwar ini gagal menarik undi kepada PH? Sudah tentu ramai pengundi yang tidak melupakan rekod PH dalam menunaikan janjinya.

Kekalahan PKR di Rantau bermakna Anwar kehilangan peluang untuk muncul dan memposisikan dirinya sebagai pemimpin PH yang mempunyai kapasiti untuk mengalahkan gabungan Umno-PAS selepas DAP dan PPBM gagal di Cameron Highlands dan Semenyih.

Kekalahan lebih buruk PKR di Rantau berbanding PPBM di Semenyih juga secara tidak langsung membawa mesej kepada para pendokong PH bahawa mereka masih memerlukan Dr Mahathir Mohamad untuk terus memimpin.

Ini kerana tiada pimpinan PH yang lebih berupaya daripadanya untuk menghadapi gabungan politik Umno-PAS.

Kekalahan PKR juga akan menyebabkan moral pendokong PH terus berada dalam keadaan negatif.

Bahkan ada yang terus terbayang betapa kedudukan Anwar menjadi goyah dengan kekalahan ini.

Sebagai contoh, sejurus selepas habisnya PRK Rantau, pengarah pilihan raya PH Aminuddin Harun terus membuat deklarasi bahawa kekalahan itu tidak akan memakan diri Anwar atau menjejaskan masa depan politik mahupun kepimpinannya.

Apakah perlunya kenyataan ini sekiranya masa depan Anwar sebagai PM sudah terjamin?

Apakah mereka risau tentang persepsi yang bakal timbul dalam PH bahawa Anwar bukan solusi untuk menghadapi gabungan Umno-PAS dalam pilihan raya umum akan datang dan mereka memerlukan orang lain?

Kemenangan hatrik BN di Rantau selepas Cameron Highlands dan Semenyih mengesahkan bahawa kerjasama antara PAS dan Umno sangat berbisa dan boleh membawa padah kepada PH.

Oleh itu, tidak perlu hairan jika _PAS terus diserang, diejek, disindir dan ditekan supaya meninggalkan kerjasama dengan Umno.

Timmy Say
Seorang jurutera semikonduktor yang membenci sikap hipokrit yang melanda masyrakat hari ini.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

3 ulasan:

  1. Ketua pelelong nama suci ALLAH SWT ini tidak punyai kelayakan untuk jadi PM... Lebih menyedihkan bilamana Hj Hadi juga turut tertipu, terpedaya dan sama2 bersekongkol dengan kafir harbi DAP melelong nama suci tersebut...

    BalasPadam
  2. DAP telah mengistiharkan perang terhadap penyatuan orang2 Islam Melayu. Mereka sangat membenci penyatuan ummah tersebut. Sebagai tindakbalas jom semua umat Islam sama2 kita boikot kedai2, produk2 DAP, taman2 tema, penjual2 ikan dipasar malam malah apa saja yang ada kaitan dengan DAP. Marilah sama2 beristiqamah...

    BalasPadam
  3. kalua Nuar bertanding semula pun dah tentu dia bungkus,rakyat dah banyak kena kencing dek penipu penipu PH ni… dari ketuanya sampai tukang sapu nya. cukup lah kena tipu...bangun rakyat ….tunjukkan kuasa rakyat dalam memileh kerajaan...

    BalasPadam

VIDEO SEMBURIT HAZIQ BERPONTENSI HANCURKAN PH KATA LIM KIT SIANG #viralhancing

Lim Kit Siang mengakui video seks Haziq Abdullah Abdul Aziz merupakan cabaran terbesar bagi Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum k...