Rabu, 24 April 2019

BELUM ADA KEPUTUSAN PENGHAPUSAN HAD PARAS HARGA RON95 KATA MENTERI #viralhancing

Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga petrol RON95 yang kini ditetapkan pada paras RM2.08 seliter, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail.


Mengulas laporan media berhubung kenyataannya tentang penghapusan had harga bahan api itu, beliau berkata harga berkenaan kekal buat masa sekarang sebagai usaha kerajaan melindungi rakyat.

“Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga bagi petrol RON95. Harga seliter bagi petrol RON95 buat masa sekarang kekal pada RM 2.08.

“Inisiatif berkenaan merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melindungi rakyat daripada terdedah kepada harga petrol yang tinggi dan tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifuddin juga menjelaskan bahawa penstabilan harga runcit minyak dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah satu daripada komitmen manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan bukannya RM1.50 seliter bagi petrol RON95 seperti yang berlegar-legar di media sosial.


“Penstabilan harga runcit minyak telah pun dilaksanakan dan kerajaan komited melaksanakan subsidi bersasar supaya hanya golongan yang layak dan memerlukan sahaja menerima subsidi petrol ini.

"Kerajaan sentiasa mendengar dan terbuka untuk mendengar cadangan daripada rakyat berkenaan pelaksanaan subsidi bersasar ini agar niat dan objektif di sebalik dasar ini tercapai," katanya.

Sumber Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...