Ahad, 14 April 2019

BERI PH 6 BULAN LAGI, NEGARA AKAN PULIH DAN RAKYAT AKAN GEMBIRA KATA DAIM #viralhancing

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.


Beliau berkata dalam tempoh itu PH perlu berdepan dengan rakyat dan memberi penerangan yang tepat terutama dalam hal ekonomi agar mereka faham situasi semasa.

Katanya kekalahan PH dalam pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan semalam juga adalah cabaran yang harus ditangani memandangkan rakyat tidak mampu bersabar dengan situasi semasa.

“Saya rasa kerajaan perlu tempoh masa enam bulan lagi untuk membetulkan keadaan bukan sahaja tumpu kepada pembangunan ekonomi, tetapi pelbagai isu. Ini rakyat perlu faham,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Darul Iman yang turut dihadiri Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di sini hari ini.

Daim berkata walaupun memahami rakyat mahu melihat perubahan, namun kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk meneliti dan menimbang sebaik mungkin sesuatu isu termasuk berhubung kedudukan ekonomi dan kewangan negara.

“Kerajaan banyak masalah… fikir tentang keselamatan, hubungan luar dan pertahanan… esok (kemudian nanti) kalau jadi apa-apa, rakyat marah kerajaan juga. Nak turunkan harga barang tu memang boleh… kita buat kajian macam mana nak turunkan harga. Insyaallah tak lama lagi akan turun, saya ingat dalam masa enam bulan lagi banyak perkara akan jadi lebih stabil,” katanya.

Beliau turut mengaitkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam mungkin sebahagian manifestasi kemarahan rakyat terhadap kerajaan disebabkan kenaikan harga barang yang puncanya tidak diketahui oleh rakyat.

Ditanya sama ada persepsi rakyat terhadap prestasi kerajaan akan bertambah baik pada masa akan datang, beliau berkata ia akan berlaku sebaik sahaja kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan rakyat seperti kenaikan kos sara hidup dan melaksanakan janji-janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke14 yang lalu.

“Bukannya susah hendak terangkan kepada rakyat. Kalau tak boleh buat cakap tak boleh buat. Bagi tahu kepada rakyat apa sebab tak boleh buat (sesuatu perkara), mesti ada sebab. Takkan kalau boleh buat tapi kerajaan tak nak buat, itu yang penting untuk dijelaskan kepada rakyat,” katanya.

— BERNAMA

14 ulasan:

  1. BERI 6 BOLAN UTK MANTAPKAN KEADAAN
    UMPAN DITABUR MACAI ALJUB TERKESIMA
    MASA TU BUNGA DAH MANTAPKAN BARISAN
    MENGELUPOR ALJUBORI BAKAL PM MESIA


    KIKIKI.. 6 BULAN NAK MANTAP NRGARA ATAU MANTAPKAN KEDUDUKAN...??

    HAAAHHH PANJI KIBAR KE TAK NI.. DAH TAK SABAU NAK TEPUKKKK NIH..


    KIKIKIKI..

    BalasPadam
  2. Dlm maniposto xd pon crite 6bulan 10bulan 100buln..

    Esk trus turun minyak

    BalasPadam
  3. sokong, beri masa 6bulan lagi kepada kerajaan untuk bergembira

    BalasPadam
  4. Daim penyamun ni lagi cakap banyak lagi kuat kencing..temberang.. Judi forex 31 billion lesap rakyat cari kau dan kutty mahaperompak sampai ke mahsyar nnt dgn izin Allah..muflis kau dgn kutty penyangak..

    Ada hati.lg nk buat jnji..sial ko daim barua dap

    BalasPadam
  5. lepas 100 hari bagi setahun
    Lepas setahun , bagi 6 bulan lagi
    Lepas dah 1 tahun 6 bulan, PH akan tumbang


    Ini bukan masalah penerangan kepada rakyat.

    Masalah sekarang ialah menteri tak padai buat kerja, mulut longkang, menipu, menyalahkan kerajaan lama, tak pandai mnegurus ekonomi dan mengurus negara, tak pnadai jaga hubungan antarbangsa,
    tak jaga hak islam & melayu serta raja2 melayu dengan baik..

    Dan byk lagi...



    BalasPadam
  6. dulu masa dia dan tun M menipu rakyat semasa 22 tahun memerintah, masa tu tak ada internet, tak ada FB & Wassap.
    Semua media cetak & elektronik dikontrol oleh Tun M.
    Rakyat diperbodoh

    Sekarang dah tak boleh....era internet. Semuanya di hujung jari.
    Nak menipu rakyat dah tak boleh.
    Semua info boleh didapati dgn mudah


    BalasPadam
  7. BERI PH 6 BULAN LAGI, NEGARA AKAN PULIH DAN RAKYAT AKAN GEMBIRA KATA DAIM

    kita pun tak tahu dia ada lagi tak 6 bulan lagi?

    BalasPadam
  8. buat road show cerita pada rakyat macam mana hang boleh ada bank kat luar negara, macam mana atuk94 ada billions, anak atuk94 ada billions,kes bungalow terlajak murah boleh buang kes walaupun dah berjalan,kes AP,kes terowong,....janji 1.50,PTPTN,TOLL, apa kelayakan mat sabu di lantik Menteri soljar dan lain lain issue semasa, rakyat nak dengar cerita menarik ni….sure cerita ni akan tukar minda rakyat menyokong group hang..cuba lah

    BalasPadam
  9. Sekarang ni geng2 samseng LUTONG JELUTONG tengah mengambilalih tugas2 polis? Benarkah? Anggota bomba dibunuh kejam! Kurang setahun dibawah PH segala2nya hampir musnah...

    BalasPadam
  10. Semoga Allah selamatkan Malaysia dari perompak sebenar..

    BalasPadam
  11. ECRL Berjaya di kurangkan kos, pandai atuk ni negotiate, dah di potong sana sini kurangkan station tentu dapat kurang, agaknya bahan di guna untuk keretapi dan teknology pun di short handed, tambah pakai guna kayu getah untuk sleepers,.. agaknya berapa masuk untuk atuk muda dgn atuk tua, bertambah kaya... rakyat makan pucuk ubi pucuk paku pungut kat semak belukar,ikan darat dari paya...

    BalasPadam
  12. ambik aleh kerajaan main issue hutang trillion, jadi senang nak pusing putar rakyat, ini kah kerja punahsihat kerajaan, buat cerita tipu from the beginning...senang nak cerita kemudian kemudian mcm mana kerajaan tak berduit, cerita GST tukar ke SST patut di ceritakan pada rakyat...apa kebaikan SST vs GST....mansuh GST pendapatan negara kurang… macam mana ni tuan penasihat...

    BalasPadam
  13. SAPA TAK KENAL DAIM YANG DIAM
    BAGI SAYA 10 EKOR DAIM KATA KUTY
    SEKO DAIM FOREX 30 BILLION LEBAM
    KALAU 10 EKO DAIM HAAH LU FIKIR SINDRI

    KIKIIKIKIKI...

    DAIM YANG DIAM KAYA PINK FORM BANGANG
    SANA SINI KRONI ANAK BINI KAYA RAYA
    JUAL PINK FORM BILA HARGA MELAMBUNG
    6 BOLAN LAGI KEPALA PEROMPAK BUAT HAL SEMULA..


    KIKIKIKIKIKI... LAGI NAK MAMPOS LAGI KUAT PERANGAI PEROMPAK NYA...

    BalasPadam
  14. OIIIIII DAIMMMMM.....BAIK KO DIAMMMMMMM!!!

    BalasPadam

SAH PERDANA MENTERI DAN SELURUH KERAJAAN MELETAK JAWATAN #global #viralhancing

Perdana Menteri Mali, Soumeylou Boubeye Maiga dan seluruh kerajaan meletak jawatan semalam, empat minggu selepas pembunuhan beramai-ramai me...