Khamis, 11 April 2019

DR PERLU RAWAT NEGARA YANG SEDANG SAKIT KATA RAFIZI

REMBAU 11 April - Keadaan negara ketika ini yang dibebani hutang dan keadaan ekonomi tidak menentu disifatkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai 'sakit' dan perlu mendapatkan rawatan doktor.


Jelas bekas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, Pakatan Harapan (PH) telah mengambil alih kerajaan ketika negara berada dalam sakit dan tenat dan kini sedang berada dalam tempoh berubat bagi proses penyembuhan.

“Segala masalah ini perlu diselesaikan, kalau kita sakit, kita pergi jumpa doktor. Memang tempoh awal untuk berubat itu sakit tapi lama-lama kita akan sembuh.

“Sama macam Malaysia sekarang, adakah kita berpuas hati dengan keadaan Malaysia? lebih baik tapi kita mahu jauh lebih baik daripada sekarang,” katanya dalam program ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di sini malam tadi.

Tambah Rafizi lagi, keadaan Malaysia yang sedang sakit ketika ini boleh dipulihkan oleh gandingan dua orang doktor iaitu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Walaupun saya rasakan lebih banyak boleh dibuat, saya yakin Dr. Mahathir dan Dr. Wan Azizah serta (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekurang-kurangnya mereka akan berterus-terang.

“Kalau Malaysia tiada duit, dia cakap tiada duit, kalau Malaysia boleh ada subsidi untuk kurangkan harga minyak, (Menteri Kewangan) Lim Guan Eng telah laksanakan, kita mampu kita buat,” katanya.

Sementara itu, ceramah tersebut merupakan penampilan pertama Rafizi di pentas ceramah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurut beliau, ‘kehilangannya’ selama ini adalah kerana mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga selain masalah kesihatan dialaminya.

“Doktor suruh saya rehat dua tiga tahun tapi sebab tinggal tiga hari untuk berkempen, saya turun juga ke Rantau,” katanya. - UTUSAN ONLINE

4 ulasan:

  1. HIDUP LAGI ROPENYE KAKI FITNAH NI!!!

    BalasPadam
  2. semoga kau mampos cepatlah wahai rafizi ramli munafik Laknatullah!

    BalasPadam
  3. Rapiji celakoo
    Cincin pinki apa cer..pi sujud di kaki kak mah..pii..

    BalasPadam
  4. Asal bercakap je, bau busuk keluar dari mulut sotong ni, macam jubur ayam, 10 dia cakap 11 tak boleh percaya. Dah lah kalah memalukan org tak pilih dalam pkr, cakap tak laku, ni pulak nak suruh org Islam undi kafir.

    BalasPadam

ROGOL AMAH : PAUL YONG TIDAK MENGAKU BERSALAH

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong, didakwa di Mahkamah Se...