Ahad, 7 April 2019

ECRL AKAN MASUK NEGERI SEMBILAN, LOKE SAHKAN KENYATAAN GUAN ENG BENAR #viralhancing

Sebelum ini Lim Guan Eng memberi bayangan jajaran ECRL akan berubah dan akan memberi manfaat untuk Negeri Sembilan.


SEREMBAN: Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disahkan akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China, hujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook yang mengesahkan perkara berkenaan berkata keputusan ini dijangka dicapai dalam lawatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke republik itu yang antara lain akan membincangkan untuk mengurangkan kos pembinaan projek mega berkenaan.


“Saya sebagai menteri pengangkutan, saya boleh sahkan apa dikatakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng (semalam) memang betul projek ECRL sedang dirunding dan akan ada keputusan dalam beberapa minggu ini sebab Tun Dr Mahathir akan pergi ke China akhir bulan ini.

“Kalau berjaya ‘confirm’ Negeri Sembilan akan dapat tempias kerana kita nak fokus pembangunan,” katanya dalam sesi ceramah Pakatan Harapan pada kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau, malam ini.

Semalam, Lim dalam ceramahnya pada kempen PRK DUN Rantau antara lain memberi bayangan projek berkenaan akan diteruskan sekiranya kos pembinaannya dapat dikurangkan sehingga RM35 bilion daripada kos asal RM66 bilion.

Beliau turut memberi bayangan bahawa jajaran sistem rel berkenaan akan berubah dan akan membawa manfaat untuk Negeri Sembilan.

1 ulasan:

  1. Pasal prk Rantau ECRL kona ke NS. Lepas ni prk Sandakan janji nak kona ECRL ke Sandakan pulak. Lepas tu lalu ikut terowong di laut cina selatan balik ke semenanjung. Ka ka ka

    BalasPadam

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...