Khamis, 4 April 2019

HIBAH TABUNG HAJI DIUMUM TIDAK LAMA LAGI KATA PERDANA MENTERI #viralhancing

KUALA LUMPUR - Hibah Lembaga Tabung Haji (TH) akan diumum dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat Jemaah Menteri memutuskannya, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Beliau berkata, cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula TH akan dibentang pada mesyuarat Jemaah Menteri esok.

"Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu berkaitan kedudukan kewangan dan perkara-perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuan TH membayar hibah kepada pendeposit.

"TH akan membuat pengumuman dalam tempoh terdekat selepas Jemaah Menteri membuat keputusan," katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri menjawab pertanyaan Datuk Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanyakan bila kerajaan akan mengumumkan bayaran hibah kepada 9.3 juta pendeposit TH.

Menurut Noraini, berdasarkan rekod lima tahun ke belakang, TH akan mengumumkan kadar hibah pada Februari, namun sehingga kini pengumuman mengenainya masih belum dibuat sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pendeposit. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

VIDEO MIRIP MENTERI SIRI KE 3 PULA TERSEBAR

Sudah.. Diambil dari portal MalaysiaGazzette Jadi takkan berhenti penyebaran video luar tabie mirip menteri itu?