Rabu, 17 April 2019

KAWAN KEPADA SYED SADDIQ, AKTIVIS KONTROVERSI DIPANGGIL POLIS #viralhancing

KUALA LUMPUR 16 April - Aktivis kontroversi, Numan Afifi dipanggil oleh pihak polis susulan ucapannya sewaktu Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Mac lalu.


Menurut Numan dalam akaun Facebook miliknya, pihak polis memanggilnya untuk hadir ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman, 26 April depan memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung ucapan itu.

Walaupun akan disiasat polis, namun aktivis yang mendakwa memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) itu tetap dengan pendiriannya meneruskan usaha sedemikian.

“Saya tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan untuk mengganggu atau menakut-nakutkan saya sebagai pembela hak asasi manusia di Malaysia. Saya berjuang demi hak asasi untuk semua dan akan tetap meneruskan usaha ini.

“Marilah bersolidariti dengan kami dalam rangka mengembangkan ruang sivik di Malaysia dan mengecam mereka yang cuba menyempitkannya,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, memetik laporan The Star Online hari ini, Numan mendakwa kenyataan yang dibacakannya dalam majlis di Geneva itu merupakan hasil usaha 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang memperjuangkan identiti jantina dan orientasi seksual.

Numan malah berkata, kenyataan yang disampaikan itu juga sebagai tanda persetujuan kepada kenyataan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa isu LGBT bukanlah isu yang dianggap tabu.

“Kami memuji langkah kerajaan yang telah menerima satu cadangan iaitu kempen anti buli di sekolah tetapi apa yang menimbulkan kebimbangan apabila Malaysia telah menolak cadangan lain berkaitan identiti jantina dan orientasi seksual.

“Kita juga menyebut tentang bagaimana penyertaan LGBT sewaktu perarakan Women’s March, 9 Mac lalu telah disensasikan sehingga membuatkan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan supaya hak golongan LGBT untuk berhimpun ada batasnya,” ujarnya lagi. - UTUSAN ONLINE

4 ulasan:

  1. SYED SADDIQ pun sudah keterlaluan dan kurang ajar, serta biadap. Kebenaran masukkan blog headbomb.net ke blog saya.

    BalasPadam
  2. Letak puak songsang ni dipulau2 jauh dari manusia normal...berpenyakit eeeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak di pulau yg di cadang kan kerajaan negeri sabah utk pendatang..

      Padam
  3. Dalam banyak2 hak asasi..lgbt jugak di perjuang kan..sengal punya orang..

    BalasPadam

AYAM TANPA SIJIL HALAL BEBAS DIJUAL DI PASARAYA DI NEGERI SEMBILAN KATA MB #viralhancing

SEREMBAN 24 April - Pengusaha pasar raya di negeri ini bebas mendapatkan bekalan ayam mentah dari mana-mana rumah sembelihan sama ada yang m...