Ahad, 14 April 2019

KAYU KAYAN MALAYSIA BOLEH BUAT LANDASAN ECRL KATA TERESA #viralhancing

KUALA LUMPUR – Kementerian Industri Utama berharap Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diumumkan disambung semula, akan mengutamakan penggunaan bahan mentah tempatan dalam pelbagai aspek pembangunannya.


Menterinya, Teresa Kok Suh Sim dalam satu kenyataan hari ini berkata, terdapat banyak bahan mentah termasuk hasil getah Malaysia yang boleh dimanfaatkan bagi pembinaan landasan serta penghasilan bering seismik.

“Pada masa sama, kayu-kayan Malaysia juga sesuai untuk dijadikan sebagai rangka asas landasan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Pejabat Perdana Menteri awal hari ini bahawa projek ECRL itu akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) di Beijing.

Mengulas selanjutnya, Kok berkata menerusi perkembangan terbaru itu, kementerian berharap China akan turut membuat lebih banyak kotmimen bagi membeli komoditi Malaysia, terutamanya minyak sawit dan getah.

Ini berikutan kedudukan China yang sentiasa menjadi rakan dagang penting untuk Malaysia serta berperanan sebagai pasaran eksport ketiga terbesar bagi komoditi minyak sawit negara ini.

“Kita juga mengharapkan rundingan dua hala kedua-dua negara dapat terus diperkukuh menerusi pemeteraian perjanjian tambahan membabitkan ECRL itu,” katanya. – Bernama

5 ulasan:

  1. SETELAH MINUM SESUDU MINYAK SAWIT
    AMALAN TIAP HARI SEL OTAK BERHUBUNG
    TAK SANGKA MINYAK BOLE LA BERTWEET
    KERAJAAN PH DENGAN IDEA BERDENGUNG


    KIKIKIKI... AMALKAN MINUM MINYAK SAWIT SESUDU SEHARI

    BalasPadam
  2. Orang dah tak pakai lagi rail sleepers kayu buat landasan keretapi... semua dah pakai sleepers konkrit lebih stabil dan tahan lama, utk high speed trains. Inilah contoh pemimpin bodoh DAP yang disanjung penyokong2 PH, mereka hanya pandai memainkan isu2 perkauman... Bila projek dah siap nanti pemimpin2 PH pakat berak ramai2 atas landasan keretapi macam di India sana...

    BalasPadam
  3. Polis yang memandu kereta polis yang ditahan untuk pemeriksaan oleh LUTONG2 @penyokong2 PH semasa kempen pilihanraya di Rantau perlulah segera membuat lapuran polis. Ianya sesuatu yang amat serius. Pastikan geng2 lutong jelutong ini didakwa dimahkamah...

    BalasPadam
  4. woi mentri BABI PH
    kenapa kau bodoh sangat nyonya??
    kau ingat ECTL ni serupa rel zaman jepun ke bangang oiii
    ini highspeed emu la bongok.. guna concrete bar..mana datang kayu kayan babi oii!!

    sakit hati sgguh aku tgk kebabian mentir kuttyteak ni!!!

    BalasPadam
  5. Dividen TH terendah, aku tak pelik..
    Dividen ASB rendah, aku tak pelik..
    AES bertambah, aku tak pelik..
    Kena bayar SST, aku tak pelik...
    RM50 tak penuh troli, aku tak pelik...
    Harga barang naik, aku tak pelik..
    Menteri takde ijazah, aku tak pelik...
    Ptptn kena bayar, aku tak pelik...
    Tol kena bayar, aku tak pelik..
    Gaji tak naik2, aku tak pelik...
    Ringgit jatuh, aku tak pelik...
    Pelabur lari, aku tak pelik..
    BR1M dapat 100 je, aku tak pelik..
    ECRL, HSR, MRT dihentikan, aku tak pelik..
    Ramai hilang pekerjaan, aku tak pelik..
    Kerajaan potong sana sini, aku tak pelik...
    Menteri tak reti buat kerja, aku tak pelik..
    Rakyat disuruh buang tongkat, aku tak pelik..
    Saudara mara PM dpt tender juta2, aku tak pelik..

    Yang aku pelik dan hairan ni, masih ada orang lagi yang percaya kat Parti Hancing (PH) tu.��

    BalasPadam

AYAM TANPA SIJIL HALAL BEBAS DIJUAL DI PASARAYA DI NEGERI SEMBILAN KATA MB #viralhancing

SEREMBAN 24 April - Pengusaha pasar raya di negeri ini bebas mendapatkan bekalan ayam mentah dari mana-mana rumah sembelihan sama ada yang m...