Selasa, 2 April 2019

KEADAAN YANG SUKAR DIJANGKA - PIHAK ISTANA JOHOR GELAR TUN MAHATHIR SEBAGAI CONMAN MALAYA #viralhancing

TEGANG!

PIHAK ISTANA JOHOR PUN GELAR TUN MAHATHIR SEBAGAI CONMAN MALAYA.

Hubungan Istana Johor dan Putrajaya semakin tegang


Semalam TMJ telah melakukan perjumpaan tergempar dengan YDP Agong di istana Negara.
https://www.facebook.com/2083565825294170/posts/2217013051949446/

Ia adalah berikutan beberapa perkara panas terutamanya mengenai pembinaan hub pembekalan di Pelabuhan Tanjung Pelepas yang dilakukan tanpa memberitahu Kerajaan dan Istana Johor dan juga isu Statut Rome.

Pihak penyokong Kerajaan telah mula menfitnah Istana dengan pelbagai tuduhan dan mereka mengatakan Istana sebenarnya telah mengetahui mengenai projek di Tanjung Pelepas tersebut.

Akhirnya harini Menteri Besar Johor sendiri mengaku bahawa beliau sendiri tidak mengetahui apa-apa mengenai projek pembinaan hub di Tanjung Pelepas ini.

Link: https://www.facebook.com/2083565825294170/posts/2217667768550641/

Menurut cerita dari laman facebook Gerakan Maufakat Johor, jika diteliti fitnah terhadap negeri Johor ini hanya berlaku di zaman Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 Sahaja.

Fitnah dijalankan untuk menjatuhkan konsep diraja dan tipudaya untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat bagi menolak institusi beraja di negara ini.

Kes Prebet Adam, Forest City, Pulau Kukup, Sg Pulai dan yang terbaharu adalah isu perjanjian air Malaysia-Singapura.

Semua isu ini diulang siar, ditambah fitnah dan dirempahkan dengan pembohongan supaya rakyat Johor semua bangkit menyokong perkara yang batil. DYMM Tuanku Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor dijadikan sasaran, dicela dan dikecam secara berjemaah oleh kroni dan pihak yang berkepentingan.

Terkini, insituti beraja Johor sekali lagi dicuit. Melalui laman web kroni mereka TheEdgeMarkets, Ka Petra Sdn Bhd akan membina hub pembekalan dan simpanan Marine Gas Oil (MGO) & Marine Fuel Oil (MFO) secara Ship-To-Ship di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Projek pembinaan ini dianggarkan bernilai RM 500 juta secara bersama dengan taikun Hong Kong, Li Ka-shing’s Hutchison Port Holdings Ltd.

Sebelum projek secara besaran ini dibina, fitnah secara halus perlu lah dijalankan terlebih dahulu dengan cara memfitnah 'kerosakan' di Sungai Pulai. Kerana pembinaan 'golf course' di Sungai Pulai dikhuatiri akan menganggu perjalanan hub pembekalan dan simpanan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Sumber terdekat melaporkan, DYMM Sultan Johor juga difitnah cuba memonopoli perniagaan di PTP. Fitnah ini dilakukan bagi memberi izin kroni-kroni Putrajaya menapak di sana.

Perdana Menteri cuba mengatur langkah-langkah untuk meletakkan kroni-kroni di Johor bagi menekan kuasa Sultan dan rakyat Johor. Ini lah permainan dan strategi licik yang digunakan sejak zaman berzaman.

Zaman dulu Mahathir nak tipu rakyat memang senang sebab media dikawal oleh beliau. Tapi zaman sekarang bukan seperti dahulu lagi.

-Tun Carlos

#TunMahathirConman
#ConmanMalaya
#PHpenipu
#JanjiPalsu
#TolakKroni

5 ulasan:

  1. X kan x dak sesiapa boleh pi jumpak dia...mintak2 la....bgtau kat dia....Lebih baik bangunkan agama dlm diri & negara...

    BalasPadam
  2. Umur yg semakin pendek dan semakin hampir sangat dgn mati hendaklah digunakan utk kebaikan sahaja tanpa ada tipu helah dan muslihat syaitan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Demi anak..waris..proksi dan kroni.
      Pemimpin yg berjiwa rakyat berbanding pemimpin berjiwa #daddykasi dan kroni.

      Padam
  3. Cakap lembut pun tak jadi.,... paling mudah.... doakan semuga Madey cepat MAMPOSSSSSSSS.

    BalasPadam

VIDEO MIRIP MENTERI SIRI KE 3 PULA TERSEBAR

Sudah.. Diambil dari portal MalaysiaGazzette Jadi takkan berhenti penyebaran video luar tabie mirip menteri itu?