Ahad, 28 April 2019

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SANGAT BERSIH DAN JAGA RAKYAT KATA MENTERI KEWANGAN #viralhancing

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah kerajaan bersih yang akan memastikan setiap ringgit dibelanjakan dapat dilihat hasilnya oleh rakyat tanpa berlaku ketirisan, penyelewengan, salah laku dan amalan rasuah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.



Beliau berkata, rakyat akan dapat melihat perbezaan pembangunan yang dibuat dengan bersih untuk kesejahteraan rakyat.

“Kita harap rakyat akan menikmati perubahan yang ketara ini iaitu pembangunan yang ‘bersih’,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan program tinjauan mesra bersama calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong Shir Yee di Pasar Umum, di sini hari ini.

Menyentuh mengenai pembangunan di Sandakan, beliau berkata, hanya selepas peralihan kerajaan, pembangunan di bandar itu dapat dilaksanakan berbanding kerajaan sebelum ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kerajaan Pusat telah meluluskan projek bagi membesarkan Lapangan Terbang Sandakan, membaiki lif Hospital Duchess of Kent yang rosak serta menaik taraf blok hospital itu.

Sementara itu, Guan Eng menafikan pemilihan Wong sebagai calon parti itu kerana populariti penyandang kerusi itu iaitu mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Beliau berkata, pemilihan Wong merupakan kesinambungan dan warisan perjuangan daripada mendiang bapanya yang perlu diteruskan malah beliau juga tidak asing bagi pengundi di kawasan Parlimen itu.

“Apa salahnya kita pilih seorang aktivitis yang dekat dengan rakyat dan secara kebetulan adalah anak perempuan mendiang, oleh itu sekiranya kita nak meneruskan kesinambungan perkhidmatan yang baik, saya rasa itu adalah pilihan yang baik,” kata Guan Eng. - BERNAMA

Sumber UtusanOnline

1 ulasan:

  1. MATINYA PERSAUDARAAN ISLAM

    DYMM Sultan Brunei nampaknya keseorangan diserang dari segenap sudut apabila baginda mengisytiharkan hukum syariah kpd penzina, perogol dan puak LGBT.

    Artis2 kafir spt George Clooney dan rakan2 sealirannya telah melancarkan kempen memboikot hotel2 milik Brunei di negara penyokong teroris tegar USA dan UK. Institusi2 pengajian tinggi yg sepatutnya lebih cerdik juga telah mula menarik balik gelaran2 kehormat yg dianugerahkan kpd baginda Sultan Brunei. SU Agung PBB juga ikut menekan baginda Sultan kononnya atas dasar hak asasi manusia.

    Anehnya PBB hanya berdiam diri apabila entiti haram teroris Israel mengebom tanpa henti umat Palestin. Jelaslah bagi PBB hak asasi manusia bermaksud hak utk melakukan hubungan seks tanpa nikah dan hubungan sejenis. Hak rakyat Palestin utk hidup aman bukanlah hak asasi mengikut kanun PBB.

    Kotornya darah puak LGBT ini hinggakan mereka tidak dibenarkan menderma darah pun. Kenapa SU Agung PBB tidak memperjuangkan hak asasi puak gay dan biseksual ini utk menderma darah? Bolehlah darah yg mereka dermakan digunakan utk tranfusi ke dlm badan pengurusan PBB.

    Dan yg anehnya dlm baginda Sultan Brunei dihimpit dan diasak kiri, kanan, depan, belakang, tiada negara umat Islam menyuarakan sokongan. Masing2 menyorokkan kepala spt kura2. Negara besar Indonesia dgn bilangan umat Islam paling ramai di dunia diam membisu. Negara yg selalu menyebut dirinya sbg Islam contoh Malaysia juga diam membisu. Negara2 Arab di bawah OIC lagilah tak boleh diharap.

    Peliknya tiada kenyataan balas daripada negara2 Islam umpamanya utk boikot filem2 si kafir Clooney dan rakan2 sealirannya. Rasanya klu tak tengok filem mereka pun kita tak akan mati.

    Brunei Darussalam, negara kerdil di mata manusia namun gagah perkasa di mata Islam. Barokahlah dan megahlah berdiri dikelilingi persaudaraan Islam yg sudah mati...

    Kredit: Abdul Muati Ahmad
    ��

    Sebarkan atas rasa bertanggungjawab pada agama islam

    BalasPadam

VIDEO MIRIP MENTERI SIRI KE 3 PULA TERSEBAR

Sudah.. Diambil dari portal MalaysiaGazzette Jadi takkan berhenti penyebaran video luar tabie mirip menteri itu?