Sabtu, 27 April 2019

"KERAJAAN PH MENUNJUKKAN PRESTASI YANG SANGAT POSITIF" #viralhancing

SHAH ALAM - Prestasi kerajaan PH menjelang setahun pentadbirannya dilihat positif kerana berjaya mencapai apa yang direncanakan termasuk janji dalam manifesto mereka.

Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd San

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), i berkata, walaupun tempoh setahun ini adalah tempoh pemulihan bagi mereka namun banyak perkara berjaya dicapai dan diselesaikan kerajaan baharu ini.

“Kita (rakyat) nampak seperti tidak ada prestasi tetapi realitinya mereka menunjukkan prestasi positif, cuma tidak dapat menunaikan segala janji dalam waktu singkat.

“Jika dilihat dari segi pembaharuan juga, ada undang-undang baharu dan isu-isu baharu telah diwujudkan.

“Janji dalam manifesto pula ada yang sudah ditunaikan dan ada yang masih dalam perancangan. Namun ia perlu dilihat secara berperingkat. Tidak boleh dalam masa setahun semua janji itu perlu dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, rakyat perlu rasional dalam menilai prestasi kerajaan baharu dengan barisan menteri yang juga baharu dalam menguruskan hal negara.

“Terdapat juga janji kerajaan PH telah ditunaikan seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) diubah kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Selepas itu program E-Kasih yang diberi juga kepada orang miskin dan kerajaan baharu ini juga banyak perkenalkan benda baharu yang bermanfaat kepada rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai sentimen rakyat terhadap kerajaan PH terutama pada keputusan PRK terkini, beliau berkata, ia tidak boleh diukur berdasarkan sentimen keseluruhan rakyat.

“Mereka perlu segera dalam proses pemulihan dalam masa sama melakukan pembaharuan. Jika tidak berlaku (pemulihan dan pembaharuan) mereka akan mengalami masalah,” katanya.

SinarOnline

2 ulasan:

  1. STOFAC ANTI JUDI SUNDAL DIBUBAR
    ATOK ALJUBORI KIDIN WAT APA SKG..?
    PANJI HITAM YG DIJANJI DAH KIBAR..?
    MALAYSIA BARU DARUL JUDI MCM GAMPANG


    KIKIKIKI.. MESIA BARU DARUL JUDI...



    MACAIIII BODOOO SEKELIAN TEPUKKKK..!!

    BalasPadam
  2. TAHNIAH BRUNEI DARUL SALAM
    MENONGKAH ARUS SURUHAN TUHAN
    INSYALLAH KAMU TIDAK KESEORANGAN
    NEXT PRU PH KALAH BRUNEI BERTEMAN
    PANJI HITAM KIBAR DRI TIMUR KEJAUHAN


    INSYALLAH TAK LAMA PRU 15 HANCUR KERAJAAN PH YG BERTUNJANGKAN PLURALISMA MURTAD ANUTAN GAY LGBT COMANGO KAFIR HARBI PANJI HITAM BERKIBAR MEGAH DI TIMUR KEJAUHAN...

    BalasPadam

KERANA PAYUDARANYA BESAR SANGAT, GADIS 20 TAHUN ALAMI TRAUMA #global #viralhancing

MEMILIKI payu dara bersaiz luar biasa ternyata menghantui kehidupan seorang gadis berusia 20 tahun. Dani Markerson bukan sahaja menjadi...