Dr Mahathir Mohamad bertegas parti pemerintah yang berhak melantik menteri besar Johor baru dan bukannya sultan, susulan kritikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Pakatan Harapan dalam isu itu semalam.
“Ini adalah hal politik, sultan tiada peranan. Peranannya ialah untuk parti yang memenangi pilihan raya menentukan siapa patut mengetuai,” kata perdana menteri selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-15 hari ini.
Semalam, Mahathir mengumumkan peletakan jawatan Osman Sapian sebagai menteri besar Johor yang disusuli kritikan Tunku Ismail berhubung calon pilihan Pakatan Harapan.
Tunku Ismail dilaporkan berkata, pemilihan menteri besar Johor ialah hak mutlak sultan.
Mengenai spekulasi Adun Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal akan dilantik sebagai pengganti Osman, Mahathir berkata, belum ada keputusan dibuat mengenainya.
“Saya tidak tahu.
“Kita akan lantik secepat mungkinlah. Kita nak tentukan calon. Ada beberapa calon kita nak kena pilih. Ia akan mengambil sedikit masa, tetapi kami akan tentukan dengan cepat.”
FMT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Najib 'tarbi' kerajaan PN kerana tidak mampu menjaga warganya sendiri yang jatuh sakit
Memang itulah yang terjadi, mengapa Najib kritik lantang dengan kerajaan PN sekarang ini? Puncanya kerna mereka cara mereka menyelesaikan ...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

JANGAN BERI MUKA SSGT ORANG TUA NI
BalasPadamMAKIN DILAYAN MKIN GILANYA MENJADI2
FITNAH PREBET ADAM BGTU TERUK SKALI
MAKIN PANJANG UMO DENDAM SMPI MATI
BWK TOBAT ORANG TUA KUBO KATA MARI
ALAHAIIIII PADA MACAI MACAI PH DIA KAN ORG TUA NI PANJANGKAN UMO SAMPAI 120 TAHUN LGI... MACAI CKP ORG TUA NI JER YG BOLE SLAMATKAN MESIA...
LANJUTKAN UMO ORANG TUA NI 120 TAUN LAGI... AMINNNNN...!!