Isnin, 1 April 2019

PENGUNDI MELAYU YAKIN DENGAN SAYA - DR S STRERAM

REMBAU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram yakin sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus pengundi Melayu akan mengundi beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April ini.


Streram yang juga Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau berkata, manakala bagi pengundi bukan Melayu beliau menjangkakan sokongan minimum antara 70 hingga 80 peratus.

"Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri. Ini adalah jangkaan saya akan memenangi DUN Rantau.

"Mereka (pengundi Melayu) tidak keluar menghadiri ceramah dan kelihatan senyap, tapi saya percaya dalam hati mereka sokong saya," katanya ketika ditemui pemberita semasa berkempen di Kampung Linsum di sini hari ini.

Selain itu, Streram mendakwa terdapat ramai Melayu miskin di Rantau dan akan membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan jika menjadi wakil rakyat mereka.

Beliau namun mengakui tidak memiliki statistik lengkap mengenai bilangan miskin Melayu dalam DUN Rantau apabila ditanya pemberita.

Streram adalah Penyelaras DUN Rantau PH sejak tahun 2017.

Dalam pada itu, beliau menegaskan dirinya adalah calon 'underdog', bukan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Saya calon 'underdog' kerana calon BN adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan dikenali ramai," katanya.

Mohamad baru-baru ini menepis dakwaan pemimpin PH bahawa parti itu calon 'underdog' di DUN Rantau sedangkan PH menguasai kerajaan negeri dan Pusat. - K! ONLINE

3 ulasan:

  1. Wahai Pengundi Pengundi Rantau
    Jika Datang Pemimpin PH
    Jangan Lah Kamu Rasa Takut
    Kerana Mereka Adalah Manusia Biasa Seperti Kamu
    Jawab Lah Kamu Dengan Lidah Yang Fasih lagi lancar

    �� Bahawa Tol Tidak Hapus Itu Benar

    �� Ptptn Tidak Hapus Itu Benar

    �� Kasut Hitam Itu Benar

    �� Tol Free Waktu Orang Tidur Itu Benar..

    �� Rakyat Di Tipu Itu Benar...

    �� Harga barangan tambah naik itu benar...

    �� Harga minyak tidak turun itu benar.

    �� Brim Bujang Hanya RM100 itu Benar

    �� Untuk tambah pendapatan tebang kelapa sawit tukar tanam buluh itu benar

    �� AES ditambah itu benar

    �� SST 10% itu benar

    �� PH kencing rakyat itu benar

    �� Nak bagi wifi berkelajuan tinggi percuma lepas menang tak tunai itu benar

    �� Ada Pemimpin PH tipu Sijil itu Benar

    �� Kereta Terbang itu benar

    �� Derma Berjuta ke Kolej Swasta Cina Itu. Benar

    �� Kerugian Kali Pertama Khazanah 6.3 Billion itu Benar

    �� nilai wang jatuh teruk itu benar

    *Tetapkan diri dan yakin*...

    * UNDILAH BARISAN NASIONAL & PAS

    BalasPadam
  2. lepas cakap melayu adalah pendatang lagi mau undi melayu ka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mau gaduh2...maaa....Sama2 cali makan maaaa....Steady aaaa.... Bro.... Ok.....!!!!!! ???

      Padam

SAH PERDANA MENTERI DAN SELURUH KERAJAAN MELETAK JAWATAN #global #viralhancing

Perdana Menteri Mali, Soumeylou Boubeye Maiga dan seluruh kerajaan meletak jawatan semalam, empat minggu selepas pembunuhan beramai-ramai me...