Rabu, 24 April 2019

PERDANA MENTERI MELAWAT CHINA UNTUK KUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA #viralhancing

PUTRAJAYA 24 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Second Belt and Road Forum for International Cooperation (BRF Ke-2) yang akan diadakan di Beijing, China bermula hari ini hingga 28 April ini.

Gambar sumber - Utusan

Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking.

Menurut Wisma Putra, persidangan BRF Ke-2 kali ini bertemakan ‘Belt and Road Cooperation: Shaping a Brighter Shared Future’.

“Perdana Menteri telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan pandangan beliau semasa Mesyuarat Peringkat Tinggi dan Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin dengan tema ‘Strengthening Policy Synergy and Building Closer Partnership’,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Wisma Putra lagi, sehingga semalam, seramai 37 pemimpin dunia, termasuk Perdana Menteri, telah mengesahkan kehadiran ke forum tersebut.

“Kehadiran Perdana Menteri pada BRF Ke-2 membawa makna yang penting memandangkan Malaysia sentiasa memberi sokongan berterusan kepada inisiatif Belt and Road, terutamanya dalam isu-isu pembangunan seperti sinergi dasar, pembangunan infrastruktur, kerjasama kewangan dan perhubungan di antara rakyat kepada rakyat, “ jelasnya.

Dr. Mahathir jelas Wisma Putra lagi, akan turut mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang bagi membincangkan pelbagai perkara merangkumi isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

“Keqiang dan Dr. Mahathir juga dijangka akan menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang minyak sawit,” tambahnya.

Selain program rasmi, Perdana Menteri akan turut mengadakan lawatan ke beberapa syarikat berteknologi tinggi di Beijing seperti Huawei Technologies dan SenseTime Private Ltd.

Beliau juga dijadualkan akan bertemu dengan pelabur-pelabur utama, penganalisis modal antarabangsa dan komuniti perniagaan yang terkemuka di Beijing.

“China adalah rakan rapat dan negara yang penting buat Malaysia. Lawatan kali ini dijangka akan memperkukuhkan lagi ikatan persahabatan di antara Malaysia dan China serta memacu pertumbuhan kerjasama yang lebih luas di antara kedua-dua negara,” jelas Wisma Putra. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

VERSI PENUH VIDEO INTIM IRAS MENTERI KINI DIMUAT NAIK KE LAMAN WEB LUCAH #viralhancing

Klip itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan video dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini. Sebuah ...