PULAU PINANG 14 April – Kekalahan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam tidak bermakna majoriti rakyat menolak kepemimpinan PH.
Sambil menerima keputusan itu dengan hati terbuka, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) tersebut juga bukan satu kejutan.
Malah, beliau yang juga Timbalan Menteri Luar menambah, kekalahan itu bukan kali pertama buat PH dalam beberapa PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Dalam masa sama, tegasnya, kekalahan itu tidak akan menghalang PH untuk terus menabur bakti kepada rakyat termasuk di kawasan yang tidak berpihak kepada PH.
“PH mengamalkan politik yang sihat dan sentiasa memberi pembelaan terhadap rakyat, sebab itu sama ada menang atau kalah dalam mana-mana PRK, membela nasib rakyat akan diteruskan.
“Bagaimanapun, sokongan yang diterima oleh calon BN tersebut tetap dihormati oleh PH,” katanya seperti dipetik laporan portal berita di sini hari ini.
Keputusan PRK DUN Rantau semalam menyaksikan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menang dengan majoriti 4,510 undi selepas memperoleh 10,397 undi berbanding calon PH, Dr. S. Stream (5,887 undi).
Sementara itu, dua calon bebas iaitu R. Malarvizhi dan Mohd. Nor Yassin masing-masing mendapat 83 dan 79 undi. – UTUSAN ONLINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar
Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
Terkejut juga, sudah tahu yang datangnya adalah Mahathir, patutnya orang kuat parti pejuang kenalah tarik segera orang-orang dia diseluruh M...

Kekalahan ph-pakatan haprak antara satu sebabnya adalah jemputan khas penceramah beruk sekok tak lain tak bukan si Rapiji Sotong Raja Fitnah.....sejak keluar dari gua kelam ni semakin tembam pulak aku tengok si sotong ni!!!
BalasPadamKALAH SEBAB PJAAN PH PENIPU
BalasPadamGAJI BOSOO PANGKAT MAK AI BESOO
JADI MINTRI PAKAI SIJIL PALSU
YEOP RAKYAT DITIPU SLAMBER BEBENOR
PUIIIIII...!!!!
Hang bertanding kat tempat hang pun tak bleh menang.. jgn sembang la..
BalasPadamDia saja nak sedapkan hati sendiri.
BalasPadamMangkuk saja nak melayan perasaan.
BalasPadamBUDAK MARZUKI YAHYA LAUK SAJA NI
BalasPadamFAKE DEGREE GAJI PULUH RIBU LAGI TU
PRU 15 SUMA FAKE DEGRE BAYAR BALIK GAJI
KO BERKOKOK LAH SKG SELAGI MAMPU..
BAB BACA BAHASA MESIA LAJU BILA BACA BAB ENGLISH MATA TAN BERAPA NNPK...
GAJI YG DIBAYAR KO GANTI BALIK HAHH.. FAKE DEGREEE..
adakah PH akan memberikan reaksi dan komen yang serupa sekiranya PH menang dalam mana-mana PRK sebelum dan yang akan datang ? atau setiap hari akan semakin terserlah betapa kebaculan dan keharamjadahan PH memang semakin nyata
BalasPadam