Isnin, 15 April 2019

PIKOM SAMBUT BAIK CUKAI DIGITAL 6% YANG DIBUAT KERAJAAN PH #viralhancing

KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) menyokong pendirian kerajaan untuk mengenakan cukai digital sebanyak 6% ke atas penyedia perkhidmatan asing bermula 1 Jan, 2020.

Ganesh Kumar Bangah

Cukai 6% itu akan dikenakan terhadap perkhidmatan dalam talian diimport, termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital.

Pengerusi PIKOM, Ganesh Kumar Bangah berkata, cukai digital mewujudkan padang sama rata untuk pemain tempatan.

“Di bawah rejim cukai semasa, jualan perniagaan dikenakan cukai, bagaimanapun jualan perniagaan asing kepada pengguna tempatan, khususnya untuk barangan dan perkhidmatan digital, tidak dikenakan cukai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Negara lain seperti Singapura, New Zealand, Australia, Taiwan, Norway, Afrika Selatan dan Jepun mempunyai cukai seumpama itu atau peraturan mengenai transaksi berkaitan digital yang diimport.

New Zealand, Rusia dan Norway ketika ini mengenakan cukai lebih tinggi, iaitu masing-masing 15%, 18% dan 25%.

“Sebagai perbandingan, cukai digital Malaysia sebanyak 6% boleh dianggap rendah,” kata Ganesh.

PIKOM mewakili industri ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) di Malaysia dan keahliannya terdiri lebih 1,000 syarikat yang terlibat dalam produk dan perkhidmatan ICT yang merangkumi kira-kira 80% daripada jumlah perdagangan ICT Malaysia.

FMT

3 ulasan:

  1. Negara lain buat GST tak nak ikut pulak . bingai .

    BalasPadam
  2. Cukai ni tak telus....yg untung nnt syarikat2 ni...kutip dari rakyat tapi tak byr pada kerajaan..
    Kerajaan still tak dapat duit..
    Rakyat terpaksa byr untuk kayakan syarikat2 ni...

    GST telus sbb ada nombor akaun setiap syarikat dan tertulis atas resit. Company tak boleh lari..

    Kebodohan kerajaan PH...paling bodoh didunia bila tukar GST ke SST

    BalasPadam
  3. DAIM - ECRL DI TRUSSSSSSKAN...KIKIKO

    SAPA TAK KENAL DAIM YANG DIAM
    BAGI SAYA 10 EKOR DAIM KATA KUTY
    SEKO DAIM FOREX 30 BILLION LEBAM
    KALAU 10 EKO DAIM HAAH LU FIKIR SINDRI

    KIKIIKIKIKI...

    BalasPadam

VIDEO SEMBURIT HAZIQ BERPONTENSI HANCURKAN PH KATA LIM KIT SIANG #viralhancing

Lim Kit Siang mengakui video seks Haziq Abdullah Abdul Aziz merupakan cabaran terbesar bagi Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum k...