Isnin, 29 April 2019

RUNDINGAN ECRL ERA NAJIB TIDAK TELUS KATA TUN DET #viralhancing

BEIJING –  Rundingan untuk membina Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah dilakukan secara tidak telus tanpa sebarang kajian terperinci mengenainya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Itu Perdana Menteri dahulu (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang membuat rundingan, tiada usaha yang wajar, tiada kajian daya maju.

“Tidak telus, kemudian hendak pinjam (duit) banyak-banyak,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media dengan wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerjanya selama lima hari ke China untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua yang berakhir semalam.

Kerajaan memutuskan untuk meneruskan pembangunan ECRL, yang akan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia selepas digantung pembinaannya pada tahun lepas berikutan membabitkan kos yang tinggi.

Persetujuan untuk meneruskan ECRL dibuat selepas kejayaan rundingan semula oleh Wakil Khas Perdana Menteri Tun Daim Zainuddin, yang berjaya mengurangkan kos pembinaan ECRL daripada kos asal iaitu RM65.5 bilion kepada RM44 bilion.

Melalui rundingan semula dengan China mengenai pelaksanaan projek ECRL, kerajaan berjaya menjimatkan RM21.5 bilion atau 32.8 peratus daripada kos asal.

Ditanya jika terdapat kemungkinan kos ECRL itu boleh diturunkan daripada RM44 bilion, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan itu tetapi ia bergantung kepada skop kerja projek itu.

Ditanya tentang kenyataan Daim dalam temu bual dengan Bernama News Channel baru-baru ini, Dr Mahathir hanya berkata : “Itu maklumat yang kita tahu.”

Daim dalam temu bual tersebut mempersoalkan sama ada wakil khas bekas perdana menteri, yang bertindak secara sendirian telah terlibat dalam perbincangan dan rundingan terus bagi kontrak ECRL yang lama.

Beliau bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC), menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat.

“Adakah ia disediakan oleh EPU seperti sepatutnya dalam kes ini, atau adakah EPU hanya diarahkan untuk menerima kertas cadangan yang disediakan oleh agensi lain,” soal Daim.

Dr Mahathir turut ditanya sama ada kerajaan akan mendedahkan kepada awam butiran mengenai kontrak ECRL.

Katanya walaupun kerajaan telah mendedahkan sebahagian daripada perjanjian itu tetapi ia juga perlu mengambil kira sensitiviti rakyat China.

“Ya, kami akan mendedahkannya kepada awam, tetapi kita perlu memahami sensitiviti rakyat China. Kami tidak mahu menyatakan yang mungkin menyakiti mereka. Kami telah banyak mendedahkan (butiran tersebut),” katanya. – MalaysiaGazette

2 ulasan:

  1. MME PANTEK LA ORANG TUA NI
    TAK TELUS TU DUA PUNYA CARA
    PASTU BLAME PD ORANG ITU INI
    NK MATI DAH FITNAH HEBAT SI BANGKA


    ALAHAIII..

    BalasPadam
  2. Mengapa yang tak telus lebih banyak station dan lebih jauh jaraknya dgn hanya 55b sedangkan yang telus sangat tu hanya 7 station dan jarak yang lebih pendek. Kalau macam tu lebih baik 6ang tak telus lah...

    BalasPadam

VIDEO MIRIP MENTERI SIRI KE 3 PULA TERSEBAR

Sudah.. Diambil dari portal MalaysiaGazzette Jadi takkan berhenti penyebaran video luar tabie mirip menteri itu?