Sabtu, 6 April 2019

STATUT ROME - PENGECUT YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI KATA MASZLEE #viralhancing

KUALA LUMPUR 5 April - Selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyuarakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, kali ini seorang lagi menteri Kabinet turut tampil mempertahankan Perdana Menteri susulan penarikan diri dalam Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).


Malah, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut melabelkan sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Dr. Mahathir sebagai pengecut yang tidak boleh dipercayai.

Jelas beliau, usaha jahat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan isu Statut Rom dengan memutar-belit fakta untuk mengelirukan rakyat disifatkan permainan politik yang begitu teruk.

“Bukan mudah kita mahu berada di mana kita berada hari ini. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana semua reformasi dan perubahan yang sedang kita jalankan, diganggu-gugat sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi menggunakan cara tidak demokratik.

“Apakah maknanya reformasi pentadbiran yang sedang berjalan jika kita terpaksa pula menempuh jalan sukar seperti ini? Kepemimpinan Dr. Mahathir wajar dipertahankan daripada gangguan tidak demokratik. Kita semua bertanggungjawab mempertahankannya,” katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini. - UTUSAN ONLINE

2 ulasan:

  1. jilatlah selagi ada jawatan..

    BalasPadam
  2. Adakah dimaksudkan bang non & geng??? X pelik la kan dh mmg dri awal lgi tidur sekatil mimpi lain2.. Hahahaha

    BalasPadam

VIDEO MIRIP MENTERI SIRI KE 3 PULA TERSEBAR

Sudah.. Diambil dari portal MalaysiaGazzette Jadi takkan berhenti penyebaran video luar tabie mirip menteri itu?