Isnin, 8 April 2019

STRERAM SANGAT YAKIN POLIS DAN TENTERA PASTI UNDI BELIAU #viralhancing

SEREMBAN: Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S.Streram yakin anggota polis dan tentera akan mengundi beliau pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau esok (Selasa).


Setakat ini, beliau telah berjumpa dengan kebanyakan anggota polis di DUN itu dan mendengar permasalahan mereka.

“Saya fikir mereka akan mengundi calon PH dan saya merayu kepada mereka untuk beri peluang kepada kita dan memenangkan kerusi ini sebab saya sudah jumpa polis walaupun saya belum jumpa tentera. Saya fikir mereka akan menyokong kerajaan PH,” katanya kepada media selepas melakukan kempen bertemu pengundi di Pekan Mambau pada Isnin.

Isu penempatan dan kebajikan anggota polis di Rantau adalah antara yang beliau akan diperjuangkan jika dipilih menjadi wakil rakyat.

“Saya fikir (penempatan) untuk polis perlu ditambah baik. Kalau saya menang sebagai ADUN Rantau, saya akan melihat kebajikan mereka,” kata beliau lagi.

Seramai 110 orang daripada jumlah keseluruhan 118 orang pengundi awal bagi PRK DUN Rantau akan mengundi pada Selasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata ia melibatkan 74 anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan dan 36 orang anggota polis yang akan mengundi di Balai Polis Rantau.

Astro Awani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

VIDEO SEMBURIT - TIADA PENGUBAHAN DIGITAL KATA PAKAR #viralhancing

Pertubuhan media Australia, SBS News, telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ek...